Buat Whatsapp App Tanpa Install Whatsapp Dalam Komputer



Storan komputer menjadi satu dilema bagi kebanyakan guru. Hal ini kerana terlalu banyak perisian yang perlu dipasang. Kos storan pula agak tinggi. Ramai menggunakan external storage untuk jalan penyelesaian. Perkara sedemikian sesuai untuk menyimpan bahan media. Bagaimana pula dengan aplikasi wajib ada seperti Whatsapp dan Telegram? Chrome 73 dengan fitur Progessive Web App (PWA) telah membuka ruang kepada pengguna untuk memasang laman web dalam bentuk app dalam komputer mereka. Oleh itu, jom kita lihat bagaimana dan ada Whatsapp Web App dalam komputer anda tanpa perlu pasang app atau Whatsapp Desktop. 

1. Buka pelayar web Chrome. Pastikan anda update ke versi terkini. Versi 73.


2. Layari web.whatsapp.com 


3. Klik pada Menu titik3. Pilih more tools. Pilih Create shortcut. 


4. Namakan app anda sebagai Whatsapp. Kemudian pilih Open as window. Kemudian, pilih create. 


5. Kini Whatsapp anda menjadi app dan tidak perlu membuka pelayar web lagi. 


*Cara-cara yang ditunjukkan ini adalah dalam Chromebook. Bagaimanapun, kaedah ini terpakai untuk semua jenis platform: Mac OS dan Windows. 

Untuk lebih perkongsian ICT dan pengurusan menggunakan komputer dan digital, join kami di:


Catat Ulasan

0 Ulasan