Semakin ramai menggunakan Google Slides. Ia mudah, ringkas serta boleh dikemaskini di mana-mana sahaja. Umum menggunakan Google Slides untuk menyediakan presentation. Tahukah anda bahawa Google Slides boleh menjadi ruang atau platform sebaran maklumat yang ringkas dan cepat. Jom kita terokai kegunaan lain Google Slides.
1. Sebagai salinan presentation
Apabila berlangsung taklimat, Google Slides boleh dikongsikan kepada peserta untuk mereka rujuk. Hanya dapatkan link dengan tetapan Anyone With The Link Can View atau embedkan dalam mana-mana website.
2. Bahan LDP
Slides boleh dikongsikan selepas selesai sesuatu LDP. Ia juga boleh dikongsikan dalam bentuk Pdf.
3. Jadual mingguan
Jika sekolah anda menggunakan laman seperti Frog VLE, embedkan Slides berkaitan. Kemudian ubah jadual minggu ataupun jadual bertugas mingguan itu daripada Slides itu sahaja.
4. Status terkini data
Dengan konsep yang sama pada nombor 3, jika guru perlu memaparkan data terkini kehadiran, hanya perlu ubah pada Google Slides itu sahaja. Malah Google Slides itu boleh dikemaskini melalui smartphone sahaja.
5. Kuiz mingguan
Dengan embed Slides pada Frog VLE atau Google Site, guru boleh meletakkan soalan kuiz mingguan. Soalan akan diubah pada setiap minggu.
6.. Jadual peperiksaan
Perlu mengemaskini jadual peperiksaan secara harian, gunakan Google Slides sahaja.
7. Maklumat terkini sekolah
Jika sekolah perlu memaparkan pengumuman terkini, boleh juga menggunakan Google Slides. Mudah dan cepat serta mudah diurus.
8. Buat ebook
Gunakaan Google Slides untuk buat ebook. Kelebihannya, ada banyak tools seperti diagram, chart dan imej editing yang boleh dibuat. Malah, anda juga boleh memasukkan link video daripada Youtube dan akan datang, memasukkan audio.
8. Buat ebook
Gunakaan Google Slides untuk buat ebook. Kelebihannya, ada banyak tools seperti diagram, chart dan imej editing yang boleh dibuat. Malah, anda juga boleh memasukkan link video daripada Youtube dan akan datang, memasukkan audio.
Untuk lebih perkongsian, join
0 Ulasan