PLC MAYA



Dalam keadaan kita yang sentiasa terkejar-kejar, PLC harus berjalan dan penambahbaikan perlu sentiasa berlaku. Bagaimanakah cara terbaik untuk menampung kekurangan masa dan juga ruang untuk bersemuka? Gunakan teknologi untuk menangani perkara ini. 

Image result for google slides png transparency

1. Google Slides
Kongsikan kepada rakan-rakan guru dalam panitia. Tetapkan kepada Anyone with the link can edit. Guru-guru boleh masukkan pendapat mereka, bahan ataupun pautan. Sesudah siap, jadikan sebagai slides presentation, slideshow ataupun ebook pdf.

Image result for wakelet png

2. Wakelet
Wakelet berfungsi seperti padlet cuma jauh lebih mudah dan terbuka. Tetapkan satu tajuk dan semua guru menyumbang bahan video, pautan luar, maklumat dan gambar di situ.


Image result for mentimeter png

3. Mentimeter
Ingin mendapatkan pendapat guru dan pandangan mereka, gunakan mentimeter. Yang bagusnya, bubbles kata-kata mereka dapat didokumentasikan. 

Image result for google docs png

4. Google Docs
Dengan Google Docs dan tetapan Anyone with the link can edit, guru boleh bersama-sama memasukan maklumat dalam satu dokumen. Kemudian jadikan pdf.

Image result for youtube png

5. Youtube
Youtube mempunyai fungsi untuk membuat playlist. Ketua panitia bahagi-bahagikan tajuk kepada guru-guru. Seorang satu tajuk. Kemudian mereka bina sekurang-kurangnya 3-5 video dalam setiap playslist mengikut tajuk. Setelah playlist itu siap, dapatkan link dan kongsikan dalam group panitia. Boleh juga tukarkan playlist itu kepada QR Code.

Image result for Google Drive png

6. Google Drive
Bina satu folder dalam Google Drive. Guna akaun personal cikgu sahaja. Kemudian sharekan link itu kepada guru-guru. Boleh berikan akses mengedit dan mengubahsuai folder jika cikgu percaya kemahiran guru-guru lain. Dengan itu merreka juga dapat memasukkan bahan ke dalam folder tersebut. Jangan risau, fail yang dibuang boleh dikesan dan undo. 

Lain-lain: Group Whatsapp, Group Telegram, iMessage dan Facebook Group Chat. 


Untuk lebih perbincangan, join:

Catat Ulasan

0 Ulasan