Choice Boards adalah satu papan atau petak besar yang mengandungi beberapa pilihan aktiviti untuk murid. Murid boleh memilih aktiviti yang mereka rasakan sesuai dan boleh mereka lakukan. Dengan itu, murid mampu menunjukkan kefahaman mereka tentang apa yang dipelajari dengan cara yang mereka selesa. Boleh dijalankan secara individu mahupun berkumpulan.

Apakah kamdungan Choice Boards?
Choice Boards boleh mengandungi dalam 9 aktiviti. Buat 9 petak. Setiap aktiviti adalah berbeza namun berdasarkan untuk mencapai objektif pembelajaran yang sama. Kesemua pilihan mengambil kira kepelbagaian tahap pembelajaran murid di samping kecerdasan pelbagai mereka. Setiap aktiviti juga perlu la menyeronokkan.
Bagaimanakah guru boleh mengetahui aktiviti-aktiviti disediakan sesuai dengan tahap pembelajaran dan kecerdasan pelbagai murid?
Kenal pasti tahap pembelajaran murid yang terdahulu berdasarkan rekod PBD serta rujuk kepada pemerhatian guru terhadap keterlibatan murid; aktiviti yang mereka sukai, bakat mereka, kemahiran sosial mereka dan sebagainya.
Mengapa Choice Board ini penting?
- Menyediakan pembelajaran terbeza untuk murid.
- Meningkatkan keterlibatan murid dengan pilihan aktiviti yang mereka sukai.
- Murid seronok belajar kerana mereka dapat mengasah bakat mereka sambil belajar.
- Murid tidak berasa terkongkong kerana mereka boleh membuat pilihan.
- Mendorong minda murid menjadi kreatif.

Mahukan perbincangan lanjut, join:
0 Ulasan