MENGAPA CHROMEBOOK LAJU?


1. Boot
Bila On, ia utamakan browser dulu dan bukan perisian dan settings. Sebab Google tahu kalau orang buka Chromebook, sebab utama ialah nak buka internet dulu contohnya buka email, internet banking, shopping, facebook, social media dan sebagainya. Apps dan lain-lain loading in the background dan hanya betul2 ready dalam masa 180 saat.

2. Trackpad
Dengan trackpad, anda tidak perlukan 'Trackpad' clicking. Itu sebabnya anda tak jumpa right click. Sebab kalau nak right click, anda tap dengan 2 jari serentak. lagi cepat. So senang cerita, Chromebook sangat terkenal dengan keringkasan gestures pada Trackpadnya.

3. Apps
Ia guna apps dan bukan software. Ya chromebook bukan heavy user macam produser filem ke, animasi ke, recording engineer ke. Hakikatnya kebanyakan kita hanya setakat nak buka instagram, shopping, main game ringkas-ringkas, potong lagu, buat video pendek dan taip dokumen. Yang simple-simple aja level murid sekolah. Jadinya pakai apps kat Google Play Store je. Apps tak berat dan laju untuk loading.

4. Keyboard
Keyboardnya straightforward aje. Top row memang clearcut. Back, forward, refresh, overview, screenshot, brightness, sound, lock chromebook. Tengok ikon pun dah faham. Memang desain untuk murid sekolah dan golongan warga emas. 

5. Updates
Updates berlaku berdikit-dikit over the air. So bila restart 6 minggu sekali tu lah baru dia install. Tak sedar pun. Ia ada teknologi sandboxing iaitu pemisahan. Jadi tak ganggu operasi Chrome OS anda.

Tu dia..laju tak laju...On tak On?


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Terima kasih atas penjelasan yang menarik ini.

    Saya ada satu soalan, baru berlaku sebentar tadi. Mengapa bila guna Google Meet dalam Chromebook, dia suruh install Chrome dulu? Sedangkan memang surf guna Chrome.

    Saya bercadang untuk optimumkan penggunaan Chromebook yang ada untuk calon SPM khasnya.
    Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam