APPS UNTUK URUSAN KE SEKOLAH



Apa agaknya yang saya gunakan untuk urusan seharian dalam membuat konsultansi dan rundingan.

1. Google Keep
Untuk merekod semua nota dan perbincangan saya bersama guru-guru.


2. Google Photos
Mengambil gambar, evidens serta gambar-gambar untuk laporan sepanjang sesi pertemuan.

3. Google Sheets
Membincangkan analisis markah Headcount  dan juga SKPMg2. Nak senang analisis markah, gunakan fungsi Freeze Row, Conditional Formating, Formula dan macam-macam lagi.

4. Twitter
Untuk perkembangan terkini dunia pendidikan di seluruh dunia. Buka dan tunjuk kat cikgu-cikgu.

5. Google Site
Membina bahan rujukan dan perbincangan untuk guru. Nanti dah betul-betul complete baru saya share contohnya ya.

6. Canva
Untuk pelaporan bergambar selepas sesi pertemuan dibuat bersama guru-guru.

7. Google Maps
Sebab slalu tak ingat jalan ke sekolah dituju. Di samping itu, jika anda tak ingat anda pegi mana pada tarikh tertentu, just buka Google Maps dan rujuk timeline. Gambar yang diambil di tempat itu pun ada sekali. Senangkan.

8. Mudah Mengajar VIP
Menjadi bahan rujukan untuk guru-guru mencuba aplikasi yang bersesuaian dengan PdPc mereka.


Catat Ulasan

0 Ulasan