CABARAN MENGGUNAKAN ICT DALAM PDPC





Hasil daripada undian guru, rata-rata berpendapat bahawa sambungan internet merupakan cabaran utama bagi guru-guru untuk menggunakan teknologi dalam PdPc. Internet adalah komponen utama utama dalam keperluan ICT kerana keperluan menggunakan media daripada sumber internet dan laman web. Hal ini juga penting untuk aktiviti kolaboratif secara digital semasa PdPc berjalan.

Selain daripada itu, 21% menyatakan kecukupan peralatan ICT menjadi punca aktiviti ICT kurang berjalan lancar di sekolah. Ketiadaan alatan seperti projektor atau SMART TV menyukarkan guru untuk memaparkan bahan media. Jika murid perlu menggunakan bahan teknologi dan berinteraksi digital, bilangan PC, komputer riba ataupun tablet yang terhad menyebabkan murid perlu berkongsi dan penglibatan murid secara maksimum tidak dapat dijalankan.

Berikut ialah beberapa saranan untuk mengatasi 2 cabaran utama di atas:
1. Sambungan internet:
    Naik taraf kualiti dan kapasiti internet. Walapun memakan kos tapi ia amat menjimatkan masa, 
   mengurangkan beban guru menyediakan ABM dan BBM serta memudahkan pengumpulan data.           PBD juga dapat dijalankan dengan lebih kemas dan ada evidens dengan penggunaan pelbagai apps 
  dan laman web pentaksiran.

2. Kecukupan peralatan:
  • Keperluan guru
    Sediakan Smart TV atau projektor yang bersesuaian sekurang-kurangnya mengikut pantia atau bilik. SMART TV tahan lebih lama tetapi memakan kos tinggi. Namun ia lebih terang dan jelas. Projektor pula boleh diletakkan secara kekal atau mudah alih. Ia lebih fleksibel. Namun disarankan untuk meletakkan projektor secara kekal dalam bilik-bilik tertentu untuk kemudahan pergerakan guru. Sediakan juga 2 atau 3 projektor untuk mudah dialihkan. Nak tahu dan bincang lebih lanjut tentang ini, bincangkan di t.me/mudahmengajar
  • Keperluan murid
    Sediakan komputer riba yang mudah dan ringan untuk digunakan dan rendah kos penyelenggaraan seperti Chromebook. Antara model yang sesuai ialah Lenovo N21 dan Lenovo N21. Penyediaan dengan nisbah 1 Chromebook untuk 3 orang murid (1:3) pun sudah memadai. Harga seunit lebih kurang RM300-400 sahaja (refurbished). Boleh dapatkan dalam Lazada. Nak tanya testimonial guru-guru, join t.me/chromebookmy

Untuk lebih maklumat dan perkongsian, join:


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

    BalasPadam