FLIPPED LEARNING: APA MANFAATNYA?



Flipped Learning atau Flipped Classroom adalah satu kaedah pembelajaran murid mencari, memahami atau merangka bahan atau membuat tugasan sebelum masuk ke dalam kelas. Selalunya dalam bentuk atas talian atas sebab perhubungan dan dapatan. Dalam Bahasa Melayu, Flipped Learning juga dikenalii sebagai Pembelajaran Flip Atau Pembelajaran Berbalik.

Beberapa aktiviti Flipped Leanring yang boleh dibuat adalah membaca nota, menjawab set soalan Quizizz, membuat tugasan Google Classroom, membuat Powerpoint Presentation, membina playlist Youtube, membuat nota ringkas dan pelbagai lagi. 

Antara manfaat Flipped Learning ialah?
1. Murid lebih bersedia. Mereka melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu sebelum masuk ke kelas. Dengan itu, mudah untuk guru mengolah maklumat yang murid sedia ada. 
2. Menjimatkan masa. Apabila murid datang dengan pengetahuan sedia ada, guru hanya perlu menjelaskan, menguraikan atau menyusun aktur aktiviti
3. Kemahiran belajar. Murid membiasakan diri mencari nota dan memahami secara kendiri. Dengan itu murid akan mengamalkan tabiat belajar sendiri,
4. Membina dapatan lebih baik untuk guru. Apabila guru memberikan latihan sebelum masuk kelas secara digital, guru akan dapat tahap penguasaan awal murid. Dengan itu, guru dapat menekankan aspek tertentu sahaja dalam PdPc.
5. Membina sahsiah murid. Murid tidak perlu mengharapkan guru sebagai sumber nota. Mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.


Jom join:

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)

    BalasPadam