DIDIK HIBUR (FUN LEARNING DALAM PDPC)


Apakah Didik Hibur / Fun Learning?
Elemen Didik Hibur atau Fun Learning adalah aspek paling penting dalam menentukan perlakuan dan perhatian murid dalam PdPc. Ia boleh menjadikan murid merasa seronok untuk belajar. Mereka akan memberikan perhatian dan memberikan respon yang terbaik. Mengikut kamus dewan, didik bermaksud pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar. Hibur pula bermaksud yang menyenangkan dan menggirangkan hati

Ciri-ciri Aktiviti Didik Hibur
Aktiviti Didik Hibur perlu menepati beberapa ciri tertentu. Umumnya, aktiviti didik hibur adalah berbentuk:
1. Aktivit menyeronokkan dalam waktu yang singkat. 
2. Boleh dibuat oleh semua orang murid.
3. Memenuhi tahap keperluan pembelajaran murid yang berbeza.
4. Menyebabkan murid seronok dan bergerak.
5. Tidak melibatkan sebarang denda atau hukuman.
6. Ada unsur kecindan.
7. Kebanyakannya dibuat secara berkumpulan atau berpasangan.
8. Melibatkan komunikasi lisan dan bukan lisan.

Contoh-contoh Aktiviti Didik Hibur
1. Nyanyian
2. Sketsa
3. Drama
4. Sorakan berulang
5. Pop Quiz
6. Balloon Buster
7. Tic Tac Toe
8. Permainan Dam Ular
9. Image Reveal
10. Kotak Beracun
11. Musical Chairs
12. Snatch
13. Dragon Ball
14. Loop
15. Connect Fours
16. Hot Seat
dan sebarang aktiviti yang berunsur didikan berkaitan pembelajaran pada hari itu yang boleh menyebabkan murid gembira dan merasa seronok.

Faktor kejayaan Aktiviti Didik Hibur
1. Perancangan yang teliti oleh guru.
2. Karektor guru yang menarik, penuh unsur kecindan dan ceria.
3. Guru perlu merasa seronok dahulu.
4. Masa yang tidak terlalu panjang.
5. Keadaan susun atur kedudukan murid yang selesa dan bersedia.
6. Persediaan yang cukup dari segi bahan dan alatan jika ada.
7. Arahan yang jelas.
8. Guru menerangkan kepada murid kaitan aktiviti ini dengan objektif pembelajaran hari itu.
9. Semua murid dilibatkan.

Elemen Didik Hibur dalam SKPMg2 Standard 4
Dalam Standard 4  SKPMg2, elemen Didik Hibur terletak pada aspek 4.2.2 item nombor 5. 


Untuk mendapatkan tahap tindakan 4 (markah penuh), aktiviti didik hibur perlu memenuhi kriteria berikut:
  1. Dilakukan secara berhemah atau mengiktu kesesuaian
  2. Secara menyeluruh dan meliputi semua murid
  3. Secara berterusan dan mengikut keperluan pembelajaran


Mudahkan?


Untuk lebih idea, join:



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam