MERANGSANG MURID UNTUK MENJADI PEMBELAJAR AKTIF



Dalam pencerapan PdPc dengan borang SKPMG2 Standard 4, aspek 4.6: Murid sebagai pembelajar aktif memerlukan murid terlibat dalam PdPc secara aktif dari segi (Tahap Tindakan):
i.memberi respons berkaitan ‎isi pelajaran.
ii.berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.
iii.melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif.
iv.memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan  kreatif berkaitan ‎isi pelajaran.
v. mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran.
vi.mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid/ isu lokal/global.
vii.membuat keputusan/menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti pembelajaran.

Untuk memastikan guru mencapai skor 4 bagi tahap kualiti untuk setiap item di atas. Guru perlu:
Tindakan dilaksanakan (Tahap Kualiti):
i.dengan pelibatan 90% hingga 100% murid bagi tindakan (i), (ii) dan (iii) dan pelibatan melebihi 50% - 100% murid bagi tindakan (iv), (v), (vi) dan (vii)"
ii.selaras dengan objektif pelajaran
iii.dengan yakin
iv.secara berhemah/saling menghormati/bersungguh-sungguh.
 
Berikut ialah cadangan untuk mencapai tahap 4 bagi setiap item  dalam Tahap Tindakan.
i.memberi respons berkaitan ‎isi pelajaran
- Berikan pelbagai aras soalan daripada soalan mudah kepada soalan mecabar.
- Tunjukkan ABM, objek, visual, audio atau apa sahaja yang murid boleh berinteraksi dengannya.

ii.berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
- Murid diajukan soalan berfakta, soalan pendapat, latihan berpasangan secara lisan, aktiviti koperatif dan bermacam-macam lagi.

iii.melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif
- Berikan aktiviti perbincangan yang mudah tetapi dijalan secara kolaboratif.
- Setiap ahli boleh terlibat secara kognitif dengan memberikan idea dan perkataan mereka sendiri walaupun pelbagai tahap sumbangan.

iv.memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan  kreatif berkaitan ‎isi pelajaran
- Murid diajukan soalan KBAT dengan soalan utama dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil soalan agar murid dapat memberikan respon secara berstruktur. Contohnya. apakah yang anda lakukan jika anda seekor naga? Pecahkan soalan kepada apakah bentuk naga. Di manakah kita boleh jumpa naga? dan seterusnya.

v. mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
- Guru sentiasa menduga murid agar bertanyakan soalan kepada guru. Murid juga boleh bertanyakan soalan secara bertulis, guru mengumpulkan soalan bertulis murid dan menjawab soalan-soalan tersebut. Aktiviti Question Jar juga sangan membantu. 

vi.mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid/ isu lokal/global
- Apabila guru menyoal murid dengan perkaitan dalam kehidupan seharian murid, pasti murid dapat menjawab dengan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid/ isu lokal/global

vii.membuat keputusan/menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti pembelajaran
- Murid memberikan jawapan. Jika mereka sukar membuat keputusan atau meberikan sebarang jawapan, berikan mereka pilihan akhir.

Untuk perbincangan lanjut, join:



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam