Untuk mempelajari dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, anda boleh gunakan semua bahan media dan teknologi di sekeliling anda. Sebelum anda boleh menghasilkan sesuatu dalam bentuk penulisan, ia harus bermula dengan sesuatu yang diterima iaitu receptive language. Bagaimana mahu meningkatkan tahap receptive language ini.
Receptive language means the ability to understand information. It involves understanding the words, sentences and meaning of what others say or what is read. Expressive language means being able to put thoughts into words and sentences, in a way that makes sense and is grammatically accurate.
1. Menonton Filem atau Drama Bahasa Inggeris
Tonton filem atau drama Bahasa Inggeris dengan sarikata Bahasa Inggeris. Hal ini membantu anda mendengar bagaimana perkataan tertentu disebutkan. Malah anda juga dapat belajar intonasi sesuatu ayat. Pilih filem atau drama yang anda sukai. Mungkin anda suka Toy Story, mungkin juga anda suka cerita Avengers. Anda juga boleh belajar dengan mudah melalui video Youtube. Nak tahu lebih lanjut, join t.me/mudahmengajar
2. Gunakan Kad Imbasan
Kad imbasan memudahkan kita mengingati makna sesuatu perkataan. Anda boleh gunakan kad imbasan daripada set sedia guna atau kad imbasan digital seperti Quizlet
3. Mendengar Lagu-lagu Bahasa Inggeris
Tidak kira sama ada lagu Pop, Rock, Hip Hop, Nasyid, ada banyak pilihan lagu Bahasa Inggeris untuk anda terokai. Lirik lagu lebih mudah diingati malah anda boleh cari dalam internet untuk lirik-lirik ini. Jika anda menggunakan Spotify atau Apple Music, ada pilihan untuk memaparkann lirik seiring dengan lagu.
4. Google Translate
Walaupun Google Translate agak kurang kesan dalam menterjermah kata di peringkat permulaan beberapa tahun dahulu, kini ia semakin kemas dan hampir tepat. Boleh gunakan Google Translate yang boleh membantu anda menterjemah kata dengan lebih baik lengkap dengan pilihan sebutan dalam Bahasa Inggeris. Ia boleh diakses daripada mana-mana peranti sahaja. Ia juga boleh berfungsi secara luar talian.
5. Permainan kamus Merriam Webster
Permainan ini mudah dan dapat membantu anda meluaskan penguasaan Bahasa Inggeris anda.
Mahu lebih banyak tips dan perkongsian, join:
0 Ulasan