QR CODE: BEGINI CARANYA




QR Code adalah satu cara untuk mempersembahkan sesuatu kandungan alamat URL misalnya dalam bentuk yang mudah. Boleh diimbas oleh telefon pintar dan anda hanya perlu klik pada alamat yang tertapapar. Ia meringkaskan urusan menaip alamat URL yang panjang. Ada yang kreatif sehingga menjadikan kelebihan ini sebagai alat untuk aktiviti Treasure Hunt atau Explorace. 

1. Bagi Link
Memberikan QR Code dalam kumpulan Telegram atau Whatsapp. QR Code dibina daripada pautan laman web. Hal ini menyukarkan kerana ada antara kita yang perlu gunakan telefon lain untuk mengimbas QR Code itu. Oleh itu, sebaiknya beri alamat URL sahaja dan ahli boleh tekan pada pautan itu.

2. Paparkan Besar-besar
Kalau dalam kursus, ramai yang cetak QR Code itu pada kertas A4 dan hadirin akan imbas. Hal ini menyukarkan kerana mereka perlu bergilir untuk mengimbas. Hanya pada skrin melalui projektor dan semua boleh imbas walaupun pada jarak yang jauh.

3. Tak Perlu Forward
Jika penceramah memberikan satu QR Code dan anda ada bersama satu kumpulan dengan hadirin lain melalui Telegram atau Whatsapp, dapatkan pautan yang dibaca daripada QR Code tadi dan panjangkan sahaja dalam kumpulan. Jimat masa.

4. Offline
QR Code boleh dibaca secara luar talian. Jadi hanya imbas dengan QR Code Reader anda. Bagaimanapun jarang QR Code dibina untuk meletakkan kandungan selain alamat URL. Namun boleh juga diletakkan seperti teks, gambar dan bermacam-macam lagi.

5. Bukan E-RPH
Ada ramai guru yang telah menukarkan dokumen, fail atau RPH mereka dalam bentuk QR Code. Hal ini bukan bermaksud mereka memasukkan bahan-bahan itu ke dalam QR Code tetapi mereka menyimpannya dalam Google Drive, mendapatkan alamat URL bahan dan kemudian jana QR Code.

6. Boleh Diubah Kandungan (Dynamic)
Pada sesetengah laman web yang menjana QR Code, anda boleh bina QR Code yang dinamik. Maksudnya, kandungan QR boleh diubah pada bila-bila masa walaupun dengn QR Code yang sama. Hal ini membantu jika QR Code itu adalah QR Code E-Rph minggu ini, Carta Organisasi yang berubah-ubah dan sebagainya.


7. Boleh Ditukar Bentuk
Anda boleh mengubah suai QR Code anda menjadi lebih menarik dengan meletakkan gambar, mengubah warna, bentuk border dan sebagainya. Boleh cuba QR Monkey. Dapatkan tutorial di sini. 


8. SPL KPM
Ramai yang bertanya macam mana nak buat E-Kehadiran Kursus LDP sekolah. Anda perlu mendaftarkan kursus dahulu, nanti akan ada QR Code yang boleh dijana.

9. Pelbagai Bentuk Kandungan
Anda juga boleh menggunakan QR Code untuk pelbagai aktiviti selain mengisi kehadiran atau borang. Antaranya ialah lagu, gambar, video, teks dan audio.


10. Fungsi Auto-Detection
Bagi sesetengah telefon terkini, dengan boleh halakan sahaja kamera anda ke QR Code dan ia akan mengenalpasti dan menukar QR Code itu kepada pautan. Maknanya, anda tidak perlukan sebarang aplikasi QR Code Reader.

Image result for google lens qr code

11. Hati-hati dengan Had Imbasan
Jika anda mahu menjana QR Code, pilih laman web yang menawarkan tiada had imbasan QR Code. Hal ini banyak terjadi dalam pembuatan buku teks dan rujukan. Apabila had dicapai, maka pengguna tidak dapat lagi mengimbas QR Code yang diberikan.

12. Boleh Dibuat Secara Berkelompok
Jika anda ada sebarai alamat URL, anda boleh jana dengan banyak menggunakan aplikasi dan add-ons dalam Google Sheets.

13. Hanya Untuk Cetakan
QR Code bertujuan untuk dipaparkan atau dicetak. Jika anda berkomunikasi melalui media sosial, messaging apps, maa memberikan QR Code dalah tidak relevan. 

Jangan lupa join,

Sudahkah anda mendapatkan ebook terbaru Mudah Mengajar? Mengandungi lebih 300 muka surat:


➡️Dapatkan segera ebook Aplikasi Google.
Ebook ini adalah kemaskini kepada ebook Aplikasi Google yang diterbitkan  pada tahun 2018.
- Mengandungi tutorial lebih daripada 10 aplikasi Google yang mesra Google Classroom termasuk Google Docs, Google Sheets, Google Classroom, Google Drawings, Google Sites, Google Calendar, Chrome Canvas, Google Photos, Google Drive, Google Forms, Google Tasks, Gmail. Google Chrome Browser dan pelbagai lagi.
✅ Mudah diikuti dan dirujuk
✅ Boleh dicetak kecuali versi Online
✅ Juga terdapat dalam bentuk versi online dalam Mudah Mengajar VIP.
✅ Cadangan aktiviti dan penggunaan
✅ Langkah-demi langkah segera yang boleh terus diaplikasikan.
✅ Kemaskini dari masa ke semasa (versi Online)
✅ Termasuk hak cipta untuk diguna dan dikitarkan bagi tujuan LDP dan Bengkel
✅ Dihantar melalui Telegram dan boleh didapatkan semula jika hilang (memerlukan bukti resit, mesej, screenshot dan sebagainya).
✅ Rujukan dan bantuan 1-1 bagi pembeli sahaja.

📞Tempah 🗓

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Saya selalu guna app https://play.google.com/store/apps/details?id=com.toyolgroup88.freeqrandbarcodescanner donlod kat google play jer.. Memang powerfull la enjin dia

    BalasPadam