Three Part Lesson: Pembinaan RPH yang Berkesan



Three Part Lesson ini adalah satu konsep yang diketengahkan untuk panduan dalam membina RPH. Ia pada asalnya dibina untuk pembelajaran subjek Matematik dan untuk sekolah rendah. Namun, ia juga diadaptasi untuk sekolah menengah dan untuk PdPc umumnya. Konsep ini mula popular apabila mula diperkenalkan melalui program TS25. Secara ringkasnya Three Part Lesson ini membahagikan RPH kepada tiga bahagian utama.


Before (10-15minutes)
Pada aperingkat ini, murid recall semua konsep atau maklumat daripada pembelajaran lepas. Mereka kaitkan dengan tajuk atau objektif pembelajaran pada hari ini. Objektif pembelajaran diterangkan serta murid jelas apa yang mereka perlu kuasai.
Peranan Guru:
+ Semak

+ Rangsang ingatan dan tekaan murid

+ Jelaskan objektif pembelajaran
+ Membuat perkaitan



During (30-40 minutes)
Murid menggunakan kemahiran dan pemahaman mereka untuk meneroka, menyelesaikan masalah dan membina penyelesaian.
Peranan Guru:
+ Menyediakan aktiviti
+ Kawal selia aktiviti
+ Membuat scaffolding dan bimbingan
+ Melakukan teknik penyoalan berkesan untuk merangsang mind
+ Menilai dan mentaksir murid.

After (10-15 minutes)
Murid membuat perbincangan, melihat pembentangan kumpulan lain dan mengeluarkan pendapat. Murid juga boleh buat penilaian.
Peranan Guru:
+ Menambah input atau mengulas pembentangan dan dapatan murid.
+ Membuka ruang perbincangan
+ Memberi maklumbalas

Kelebihan
  • Guru bertindak sebagai fasilitator
  • Murid mengambil tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri
  • Murid mempraktikkan elemen PAK21 iaitu 4K1N
  • Aplikasi KBAT dalam aktiviti
  • Murid membuat refleksi terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Join

Catat Ulasan

0 Ulasan