Adakah anda mencari-cari aplikasi atau online tools yang boleh buat suntingan atau editing ringkas macam nak convert lagu, convert video, buat slideshow dengan mudah? Mungkin anda nak cari yang mudah buat online sahaja sebab storage laptop tak cukup, tak nak berat. Cuba aplikasi-aplikasi ni. Mudah kalau nak guna. Cepat, pantas dan ringan.
1. WeVideo
We Video ni mudah nak guna. Sesuai untuk murid juga. Boleh edit video, masukkan teks dan gabungan gambar jadi slideshow. (Ikuti tutorial di sini)
2. Clideo
Clideo pun best. Sebabnya interfacenya besar. Mudah nak nampak. Sesuai juga untuk murid sekolah rendah untuk buat video. Ikon dan buttons semua mesra pengguna. Cubalah.
3. Convertio
Kat Convertio ni semua boleh convert. Nak tukar video ke lagu, nak tukar format video, semua ada. Convert duit mata wang je takde.
4. Powtoon
Dengan Powtoon boleh buta video-video penceritaan dengan gerakan karekter dan objek. Banyak karekter boleh dicipta. Seronok dan mengujakan.
5. Screencastify
Nak rakam skrin, mudah aje. Guna Screencastify. Dah siap rakam skrin boleh edit terus video dan simpan dalam Google Drive.
6. Adobe Spark
Adobe Spark menyediakan ruang untuk buat video penyampaian yang interaktif. Banyak design dan tulisan hipster di sini. Sesuai dengan budak-budak muda. Template pun banyak. Pilih dan ubahsuai je. Jimat masa.
Nak tahu lebih lanjut, join:
2 Ulasan
Terima kasih banyak..
BalasPadamTerima kasih kongsi
BalasPadam