MENGUBAH SUAI TULISAN DALAM MESEJ TELEGRAM


Ramai menggunakan Telegram untuk pelbagai tujuan khasnya kumpulan sekolah dan perkongsian para pendidik di seluruh negera. Namun, masih ramai belum tahu bahawa anda boleh mengubahsuai tulisan anda kepada format tertentu dengan mudah. Ikuti langkah demi langkah ini. 

Mengapa mengubahsuai format teks ini perlu:
  • Memisahkan tajuk dengan isi bagi sesuatu mesej (Tajuk).
  • Memberi penekanan kepada sesuatu istilah yang digunakan (istilah).
  • Memberi perhatian kepada sesuatu frasa penting dalam ayat (penting).
  • Menandakan sesuatu tindakan sudah dilakukan (sudah)



1. Taip mesej anda macam biasa dalam Telegram.


2. Highlight bahagian teks yang hendak diformatkan. Seusai menghighlight perkataan yang dipilih, 
    muncul pop up. Pilih jika mahu Bold atau Italic.


3. Ini hasilnya.


4. Anda juga boleh highlight dan klik pada titik 3 untuk lebih pilihan format teks. 


Untuk lebih perkongsian, join:
t.me/herryansyah

Catat Ulasan

0 Ulasan