Bagi cikgu-cikgi yang hendak memindahkan segala harta karun khazanah pendidikan dan bahan-bahan cikgu dari akaun lama ke akaun baru, jom kita ikuti perkongsian Cikgu Izzul Iqbal ini dari SMK Sultan Abdul Rahman Putra, Kulai. Semoga dapat membantu meleraikan kegusaran anda. Yelah, takkan nak bina semula bahan-bahan PdPc dan aset digital sekolah kan. Pindahkan sahaja ke akaun baru.
Langkah-langkah transfer dari akaun edidik / yes / sgm dll ke akaun moe-dl.edu.my (jika perlu):
1. Tarik nafas dan katakan pada diri sendiri 'I can do this'
2.Tekan browser Chrome pada desktop PC/Laptop anda.
3. Tekan ikon tiga titik di sebelah kanan atas browser.
4. Pilih New Incognito Window.
5. Tarik nafas kali kedua dan ulang kata 'I can do this'
6. Log masuk ke https://takeout.google.com/transfer?hl=en
7. Masukkan ID dan kata nama akaun eRPH yang TERDAHULU (akaun yes /edidik/sgm dll).
8. Di bawah 'Enter a destination account' , masukkan email masing-masing berpenghujung moe-dl.edu.my
9. Klik 'Send Code'.
10. Tarik nafas kali ketiga dan ulang kata 'I can do this'
8. Klik ikon '+' pada bahagian search bar di atas sekali.
9. Buka email menggunakan akaun moe-dl.edu.my
10. Cari email bertajuk 'Verify your account'.
11. Klik Get Confirmation Code.
12. Salin Code tersebut.
13. Tarik nafas kali keempat dan ulang kata 'I can do this'
14. Masukkan Code tersebut di bawah 'Verify your destination account' di laman takeout tadi.
15. Klik Verify.
16. Di bawah 'Select copy and content to transfer', tekan Start Transfer.
17. Hembus nafas (kalau belum lagi) dan katakan pada diri sendiri ' I have done it!'
Apa yang penting.......tarik dan hembus nafas, bertenang dan lakukannya!
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!
Join,
0 Ulasan