GOOGLE CLASSROOM TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN DI SEKOLAH KERANA...



Daripada satu kajian selidik yang dijalankan melalui kumpulan Telegram Mudah Mengajar (join sekarang!) mendapati 56% guru menyatakan akses internet yang terhad di sekolah adalah punca utama mengapa Google Classroom tidak boleh dijalankan di sekolah. Antara lain ialah tiada kemahiran dalam menggunakan Google Classroom.


Daripada kami di Mudah Mengajar, kami mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil untuk mengatasi malasah ini. 

Akses Internet Terhad di Sekolah
Ada 3 situasi di sini:
1. Tiada liputan internet di sekolah.
Gunakan Google Classroom untuk tujuan Flipped Learning sahaja. Maknanya, untuk guru berkomunikasi dengan murid di luar waktu sekolah. Guru boleh berikan soalan kuiz ringkas, video untuk ditonton mahupun lama web / fail untuk dibaca.
2. Sambungan internet sekolah yang terhad.
Minimakan penggunakan peralatan yang mengakses internet. Jika murid ada 30, letakkan lbh kurang 7-8 komputer sahaja digunakan. Jadikan sebagai aktiviti berkumpulan. Gunakan aktiviti Quizizz team yang mana beberapa orang murid bergabung sebagai kumpulan. Dengan itu, kurang komputer yang menggunakan internet. Jika perlu, gunakan hotspot sendiri. Namun, hal ini tidaklah digalakkan. 
Jika keadaan adalah lebih teruk daripada di atas, nature asal Google Classroom adalah pembelajaran digital dengan akses internet. Jika tiada langsung akses internet di sekolah mahupun di rumah, maka ia bukanlah pelantar pembelajaran yang sesuai.

Tiada Kemahiran
Terdapat banyak cara menambah kemahiran Google Classroom. Antarannya adalah:
1. Join kumpulan Telegram Google Classroom Training: Google Classroom Training Malaysia
2. Ada banyak video-video tutorial Google Classroom untuk dirujuk. Antaranya adalah:


3. Sertai Bengkel-bengkel Google Classroom di seluruh Malaysia. Antaranya yang dianjurkan oleh Digital Classroom, edidik dan juga melalui jemputan Mudah Mengajar

4. Hubungi pegawai meja di PPD anda. Setiap PPD secara kasarnya ada dilantik kumpulan JU daerah. Mereka boleh memberikan latihan secara berkala ataupun bertandang ke sekolah anda.

Untuk bagi lain-lain sebab, ada banyak jalan penyelesaian untuk dibincangkan. Mengapakah Google Classroom ini masih penting untuk kita guna, bukanlah wajib tetapi sangat digalakkan. Rujuk artikel ini: 



Catat Ulasan

0 Ulasan