Projek Ringkas Semasa PKP


Salam semua. Masa PKP tinggi harapan kita nak buat PdPc macam PdPc biasa di sekolah. Namun apa kan daya. Realitinya, kita cukup sukar menetapkan waktu khusus nak buat pengajaran serentak., Apatah lagi nak bagi tugasan tertentu. Perancangan kita pun dah lari dengan emosi lagi tak menentu kan. 

Adakah sebenarnya PdPc yang kita harapkan sesukar ini. Dengan internet pula putus-putus, murid tiada data yang cukup dan murid tak beri kerjasama. Tapi mengapa kita beri juga tugasan masa PKP ni.
Hal ini sebenarnya kita risaukan keadaan murid. Kita tak mahu mereka tertinggal pelajaran. Apatah lagi kelas-kelas peperiksaan. Kita juga mahukan masa lapang mereka terisi. OK, jadinya bagus juga kita terus beri tuagsan bukan. Lagipun, jadi isu pula kelak nanti cikgu berpeluk tubuh sahaja nanti dikata makan gaji buta. Hakikatnya itu bukan kita, Kita mahukan yang terbaik untuk anak murid kita.

Adakah cikgu sudah berikan peluang untuk mencuba kaedah yang lebih ringan, santai dan 'in' dengan kemahiran komunikasi sosial murid?
Kita cuba Pembelajaran Berasaskan Projek, yang ringkas-ringkas sahaja. Ini adalah perkongsian saya daripada Sesi Webinar bersama Cikgu Get Certified, join sini. Sebelum itu mari kita fahami dulu jneis pembelajaran berasaskan projek yang saya maksudnya.

Apa itu Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek adalah jenis pembelajaran ke arah berfikiran aras tinggi. Ia menekankan kemahiran murid dalam membuat keputusan. Dalam menjalankan aktiviti ini, murid perlu mendalami topik yang dipelajari dan mengaplikasikannya dalam menghasilkans sesuatu. Ia sesuai untuk rangkuman beberapa topik lepas dan digunakan sebagai cara untuk guru membuat pentaksiran menyeluruh. (rujuk lenih lanjut di:
https://mudahmengajar.blogspot.com/2017/10/pembelajaran-berasaskan-projek.html

Pembelajaran Berasaskan Projek ini sangat sesuai kerana ia memastikan murid terus belajar, aplikasi, mengisi masa dan menambah kemahiran-kemahiran mereka dalam persekitaran sedia ada.

Sebelum kita bermula mari kita lihat apa kita perlu buat dahulu.

Bagaimana nak buat Pembelajaran Berasaskan Projek?

1. Gunakan aplikasi ringkas sedia ada dalam telefon.
Murid-murid boleh gunakan camera, screenshot tool, Google Slides, Keynote, Tik Tok, Video Recorder atau apa sahaja untuk merakam dan mendokumentasikan projek mereka.

2. Buat storyboard penceritaan.
Pembelajaran Berasaskan Projek adalah berasaskan proses. Oleh itu, murid boleh simpan nota atau taip perjalanan langkah-langkah murid menguruskan projek mereka. Latih mereka merekod jurnal dengan templat yang guru berikana. Go thorugh dan bincang bersama mereka proses ini.

3. Rakam video murid persembahan hasil.
Atau jika murid nak jimat data, disarankan buat Live Video Call dengan guru dan persembahkan buku / dokumentasi projek itu dalam masa kurang dari 5 minit.

Ikuti selanjutkan di sini:




Jom join saya di


Catat Ulasan

3 Ulasan