Perkara Menarik Sepanjang PKP untuk Guru dan Ibubapa



Sepanjang tempoh PKP, kita semua sebagai guru mahupun ibubapa memang berinovasi. Saya juga tidak terkecuali. Saya belajar untuk menyesuaikan urusan kerja dan mendidik anak dengan kekangan ruang dan kemudahan yang ada.Ingin saya kongsikan beberapa perkara yang saya temui setakat ini.


  1. Timer Gunakan timer untuk menggesa anak kita menyiapkan latihan yang diberikan. Timer juga memberikan jangkaan masa yang perlu dihabiskan bagi sesuatu soalan. Anak menjadi lebih berdisiplin dan menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan atau semakin pantas.



  1. Zoom Gunakan kelebihan untuk zoom gambar. Dengan itu anak dapat menyalin dengan baik kerana dapat melihat dengan jelas pdf yang diberikan. Malah, mereka juga dapat jelas melihat rujukan gambar yang diberikan.


          



  1. Google Search Galakkan anak menggunakan Google Search untuk mencari maklumat lebih terperinci tentang apa yang dipelajari. Mereka taip kata kunci dan melihat senarai pautan yang boleh diklik. Biarkan mereka jelajah dengan pemantauan kita.



  1. Youtube Cari video berkenaan apa yang dipelajari dalam Youtube dan minta mereka nyatakan apa yang mereka dapat tonton. Anak lebih cepat faham dengan menonton video. Malah mereka juga rasa lebih seronok.



  1. Camera Berikan anak ruang dan peluang menggunakan kamera. Mereka boleh ambil gambar pegun, slow motion, portrait dan macam-macan lagi. Pasti mereka dapat ceritakan semula kisah di sebalik gambar yang mereka ambil. Serlahkan kreativitI mereka.




  1. Annotate Setelah diambil gambar, berikan anak stylus atau Apple Pencil dan mereka buat deskripsi gambar atau mereka tukarkan kepada objek-objek baharu yang menarik.


  1. Buat flashcards Sesetengah guru menghantar gambar kepada murid. Jadi sukar  untuk murid melihat gambar satu persatu especially kalau nak rujuk. Paling mudah, muat turun gambar dan masukkan dalam Google Slides. Kemudian, letakkan gambar ke dalam setiap slide 1 persatu. Dah siap flashcards nya. Hal ini sangat membantu berbanding dengan menyimpan gambar yang banyak dan perlu cari. Google Slides file ini sahaja sudah menghimpunkan gambar-gambar mengikut topik. Tonton tutorial ini.



Kesimpulannya PKP banyak mengajar saya erti kesabaran. Bukan mudah tugas guru, bukan mudah tugas ibubapa. Namun, tanggungjawab tetap dijalankan sebaiknya. Banyak kemahiran baru yang diterokai. Anda pula bagaimana?


Catat Ulasan

0 Ulasan