Serlahkan Pelbagai Hasil Karya Murid


Murid kini mempunyai masa depan cerah. Hal ini kerana mereka berpeluang menuntut ilmu baru menghadapi kekangan Covid-19. Pegerakan mereka terbatas, mereka perlu berfikiran kreatif dalam mempelbagaikan pilihan dalam melakukan sesuatu serta perlu cepat membuat keputusan. Ramai juga mengambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran komunikasi tidak bersemuka dengan guru dan rakan-rakan. Bagaimanakah hal ini berlaku? Kita boleh lihat daripada kehadiran semakin ramai murid dalam media sosial dan perhubungan video. Semua ini memerlukan kemahiran integrasi teknologi dan komunikasi. Sesuatu yang mereka alami secara sedar ataupun tidak. 

Namun, kita bleh lihat kebanyakan kelebihan ini terhad kepada untuk tujuan sosial dan hiburan sosial semata-mata. Bagaimanakah caranya kita boleh mememanfaatkan kemahiran murid ke arah yang lebih terdidik dan untuk keuntungan sejagat? Murid pandai menulis status yang menarik, mahir dengan hashtags, boleh membuat poster menarik serta mampu mengatasi algoritma untuk mencapai audiens yang lebih global. Ada banyak projek dan aplikasi yang boleh mengoptimumkan kemahiran mereka ke satu tahap yang lebih tinggi dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pengetahuan dan penguasaan dalam subjek mereka.



Berikan murid beberapa projek menarik yang memerlukan kemahiran sosial media mereka. Kebanyakan murid lebih suka untuk bersosial media berbanding menghadap buku teks atau buku kerja pada masa sebegini. Oleh itu, adalah dicadangkan sesi pembelajaran ini berlaku secara win-win situation agar guru juga dapat maklum balas yang diigini. Bukan tujuan saya untuk memenangkan murid tetapi hal in dapat membantu guru berbincang murid dan lebih mengenal mereka. Malah guru juga dapat mendalami bagaimana cara murid belajar dan berinteraksi. Ambil peluang ini untuk cikgu sendiri menjadi seseorang yang disegani oleh murid bukan sahaja dengan ilmunya tetapi sikap terbuka dengan perkembangan terkini. Pastinya cikgu bersetuju, membina kepercayaan murid adalah perkara nombor satu dalam memwujudkan hubungan harmoni antara guru dengan murid. Insha-Allah tiada ruginya kita sebagai guru mencuba sesuatu yang baru kan. 🤗

Berikut saya sertakan beberapa idea menarik.







Sebenarnya, semua ini sudah sebati dengan guru, cuma perlukan sedikit kreativiti bagaimana mengolah aktivti pembelajaran dengan kelebihan media sosial di atas. Guru-guru boleh ber PLC dengan rakan-rakan guru untuk menjana idea. Pastinya ia akan meraih semula semangat murid. Apa yang lebih baik ialah murid dapat menggunakan media sosial sebagai cara untuk mereka menyerlahkan kemahiran mereka dalam pelajaran. Dengan itu, murid dapat memahami pembelajaran bukan semata-mata buku dan  kertas sahaja. Tetapi ada di mana-mana. 

Apa ditunggu lagi, jom kita mulakan sekarang!


Join Telegram Mudah Mengajar untuk lebih perbincangan. 






Catat Ulasan

0 Ulasan