PENGGUNAAN BERKESAN BUKU TEKS UNTUK PDPC

Buku teks? Sejauh manakah kita memanfaatkan buku teks kepada tahap paling maksimum? Adakah kita menggunakannya sebagai sumber pembelajaran yang berkesan? Umum mengetahui dalam peperiksaan awam, semua jawapan datangnya daripada buku teks? Namun, ramai antara kita ada yang berpandangan buku teks membosankan dan tidak dinamik. Antara sebabnya adalah persembahan buku teks yang ringkas dan maklumat yang minima. Walaubagaimanapun, buku teks boleh menjadi sumber yang sangat berkesan jika digunakan dengan cara yang menarik. Mari kita lihat tentang buku teks dan langkah memanfaatkannya.

Antara beberapa strategi yang akan digunakan adalah:
1. Bina rasa ingin tahu.

2. Jalinkan dengan pengetahuan sedia ada.

3. Bina kepantasan membaca.

4. Wujudkan interaksi aktif dengan buku.

5. Rangsang untuk mencambahkan idea.

6. Memudahkan menghafal.

7. Bina kecekapan dalam menganalisis maklumat.



Selain perkara di atas, guru boleh menggunakan buku teks dengan cara yang kreatif. Antaranya adalah:

1. Screenshot bahagian tertentu
Guru boleh screenshot bahagian maklumat tertentu pada buku teks dan minta untuk murid bincangkang dalam kumpulan Whatsapp atau Telegram kelas. Guru boleh ajukan soalan dan murid respon dalam bentuk mesej dalam kumpulan.

2. Kenalpasti muka surat (ayat, perenggan, gambar rajah)
Murid boleh berlatih mengingati fakta dengan lebih baik jika mereka perlu mengenalpasti pada muka surat ke berapa mereka boleh mendapatkan maklumat tertentu. Ia boleh dijadikan aktiviti. Selain murid mudah menghafal, mereka juga lebih peka dengan kandungan penuh buku teks serta melihat perkaitan antara satu unit ke satu unit. Murid juga dapat menggunakan pemikiran logik mereka dengan membuat jangkaan lokasi muka surat berdasarkan susunan topik.

3. Rakaman audio nota buku teks
Selain sekadar baca, buku teks juga boleh dibacakan secara lisan dan dirakamkan. Hal ini menukar buku teks menjadi seolah-olah audiobook. Murid boleh mendengarnya sambil melakukakn kerja rumah atau kerja-kerja harian.

4. Rumusan muka surat buku teks
Murid boleh diminta membaca sesuatu topik dan membuat rumusan nota. Rumusan boleh dibuat dalam bentuk perenggan atau peta minda atau sebarang bentuk gambar rajah.

5. Susunan turutan maklumat buku teks
Antara aktiviti menarik dan mudah adalah mengambil beberapa bahagian dalam buku teks dan murid perlu menyusun mengikut turutan. Konsep ini sama seperti aktiviti no. 2 yang menjadikan murid mudah menghafal dan peka dengan kandungan buku teks.

6. Teka isi berdasarkan tajuk
Selain memahami dan mencerna maklumat, murid juga boleh dibina perasaan ingin tahu. Perasaan ingin tahu ini menjadikan murid berminat dan berfikir lebih kritis. Oleh itu, guru boleh berikan tajuk dan murid perlu meneka isi kandungan topik tersebut.

7. Bina soalan berdasrkan topik
Pad penghujung sesuatu topik, murid juga digalakkan untuk membina soalan. Soalan-soalan ini adalah kemuncak respon murid terhadap topik yang dipelajari. Hal ini disebabkan mereka telah faham dan ingin tahu sesuatu yang lebih membina eksplorasi maklumat mereka sendiri. 

8. Cloze Text 
Selain menyusun maklumat dan mengingati muka surat. Aktiviti-aktiviti mengisi tempat kosong juga dapat membantu murid menjadi peka. Murid perlu melengkapkan tempat kosong dengan mencari maklumat dalam buku teks. Murid pasti suka aktiviti ini. Apatah lagi jika dijadikan pertandingan pastinya mereka akan bergerak pantas. 

9. Jigsaw
Murid boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terbahagia kepada 5 orang murid bahagian A, B, C, D, dan E. Mereka baca bahagian masing-masing dan kemudian berbincang bersama ahli kumpulan lain dengan bahagian yang sama. Setetelah beberapa minit kemudian, mereka berbincang dan kembali kepada kumpulan asal. Mereka seterusnya menyampaikan makluman kepada ahli kumpulan masing-masing. 

Dengan panduan dan tips, semoga makin berkembanglah idea kita menjadikan buku teks sebagai sumber pembelajaran yang sangat dinamik. Yang penting, kita sebagai guru perlu kreatif dan bijak mempelbagaikan kegunaan buku teks.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Terima kasih dengan input pedagogi yang baik dalam memaksimumkan penggunaaan buku teks.

    BalasPadam
  2. maklumat yang sangat-sangat memberi manfaat kepada kaum guru. terima kasih.

    BalasPadam