PLC Berfokus Mencetus Inovasi

PLC sudah menjadi amalan di kalangan guru-guru sekolah. Ia dilaksanakan secara formal atau santai. Dengan adanya PLC guru dapat meningkatkan mutu PdP ataupun pengurusan mereka Namun begitu, PLC jika tidak diatur dengan betul boleh menjadi beban kepada guru.

Hal ini terjadi kerana tujuan utama PLC tidak diperhalusi. Antara tujuan asalnya adalah untuk meningkatkan kemahiran guru dalam menangani sebarang masalah dalam PdP atau pencapaian murid. Apa yang terjadi PLC semakin menjadi aktiviti rutin dengan topik apa-apa sahaja tanpa tujuan yang jelas. Apabila sesuatu PLC dilakukan kerana tajuk pada hari itu adalah satu perkara 'sebab semua orang buat', 'sebab ikut trend' itu yang menjadi beban kepada guru. Ada kalanya jika dipelajari tajuk itu, ia boleh dilakukan secara kendiri sahaja sebab sekadar nak tahu. 

Apakah keutamaam kita dalam PLC?
Utamakan pengisian PLC kepada masalah yang dihadapi oleh guru. Jadi setiap sesi PLC itu sangat bermanfaat dan ada hala tuju. Ketua Panitia perlu melakukan sedikit kajian dalam panitia dan mendengar suara guru. Ketengahkan sebarang masalah dan akan dibincangkan dalam PLC. Dengan adanya sumbangsaran dan perkongsian ilmu, PLC ini menuju ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi.

PLC Mencetus Inovasi apabila...
Prestasi murid direkodkan dan digunakan sebagai pre-test kepada sebarang pendekatan yang akan diputuskan dalam PLC. Bincangkan masalah dan pelan tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. 
Contohnya 7 orang murid Tingkatan 3 Bintang masih belum dapat menghasilkan kereta robotik dengan baik. Setelah berPLC, panitia berpendapat kaedah terbaik adalah dengan melakukan aktiviti Gallery Walk dengan setiap kumpulan mencatat bagaimana sesuatu hasil robotik boleh ditambah baik. 

Selepas PLC, hasil murid direkodkan dan dibandingkan antara pre-test dengan post-test. Pada perjumpaan kali kedua, Sucess Story' ini dikongsikan dan cadangan penambahbaikan dibincangkan. Dokumentasi disediakan. Jika semua bersetuju, kit panduan disediakan, Maka jadilah ia satu inovasi dalam PdP yang menpunyai tujuan jelas iaitu memberikan impak dalam Pdp. 

Atau mungkin belum sampai ke tahap inovasi tetapi asas sudah dibina. Dengan itu projek inovasi boleh dijalankan kemudian. Secara inividu ataupun berkumpulan.

Apakah masalah dalam PDP yang ingin cikgu PLCkan?

Terima kasih. 

Anda dijemput untuk menyertai kumpulan Telegram Mudah Mengajar: 

https://t.me/mudahmengajar 


Add Coach Herry di TikTok:

https://www.tiktok.com/@coachherryj


Add Coach Herry untuk lebih content menarik:

https://www.instagram.com/coach_herry


Catat Ulasan

0 Ulasan