CIRI MEDIA BERKUALITI UNTUK PEMBELAJARAN KENDIRI

oleh Syamimi Omar

Pada masa pandemik Covid-19 berlaku, kita dapat membuat satu kesimpulan utama iaitu betapa pentingnya media pembelajaran kendiri alam maya bagi menjadi insiatif murif-murid memahami silibus yang diajarkan oleh guru. Pembelajaran kendiri digalakkan bagi meningkatan serta menjamin kefahaman pembelajaran secara dalam maya. Pembelajaran kendiri termasuklah pembelajaran secara asinkroni dan pembelajaran hibrid / teradun. Pembelajaran secara asinkroni merupakan pembelajaran yang tidak berlaku dalam masa nyata. Murid akan dibekalkan dengan isi kandungan, tugasan dan tempoh menyelesaikan tugasan. Manakala pembelajaran secara hibrid / teradun (blended learning) pula ialah pembelajaran yang menyediakan platform melalui perjumpaan tidak bersemuka.

 


           Antara kriteria untuk memilih media yang sesuai bagi menyokong pembelajaran kendiri ialah bahan pengajaran yang boleh merangsang pelbagai deria dan memotivasikan murid untuk libatkan diri dalam pembelajaran kendiri secara aktif. Sebagai contoh, aplikasi Google Meet yang telah direkodkan. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan guru sekolah kini menggunakan Google Meet sebagai aplikasi pembelajaran paling utama sewaktu tempoh PdPR yang lalu. Medium Google Meet ini membolehkan murid dapat bertanya soalan yang tidak difahami secara terus dan guru dapat melihat reaksi murid-muridnya di rumah. Sekiranya pembelajaran dalam Google Meet direkodkan, murid akan dapat mengulangi video tersebut untuk menambahkan kefahaman secara kendiri. Bahan berebntuk video yang melibatkan pelbagai media dan visual amat membantu para murid untuk melaksanakan pembelajaran secara kendiri.

 


           Seterusnya, kriteria untuk memilih media ialah bahan yang digunakan harus mempunyai sifat galakkan untuk murid menggunakan kemahiran berfikir yang tinggi serta dapat membuat keputusan yang tepat. Selain daripada pembelajaran secara terus, guru juga boleh memberikan tugasan yang menarik kepada murid-murid. Sebagai contoh, aplikasi Kahoot! dan Quizziz yang merupakan aplikasi untuk menjawab kuiz alam maya. Tugasan berbentuk kuiz atas talian dapat menguji kefahaman murid-murid dan dijadikan sebagai latih tubi. Kuiz akan nampak lebih menarik apabila pelbagai unsur dimasukkan. Misalnya unsur visual, iaitu terdapat gambar - gambar dan warna yang menyebabkan murid tidak bosan ketika menjawab soalan. Penggunaan media ini boleh diteruskan walaupun pada sesi persekolahan bersemuka kerana murid-murid pastinya lebih gemar menjawab kuiz atas talian yang memiliki pelbagai animasi menarik berbanding menjawab soalan dalam buku latihan.

 


           Di samping itu, media yang dipilih juga hendaklah mampu digunakan oleh guru dan murid serta bersesuaian dengan kemudahan diri semasa. Walaupun teknologi kini kian pesat, kita tidak dapat menafikan bahawa masih terdapat segelintir golongan yang masih tidak mampu untuk membeli gajet yang mahal seperti komputer riba. Maka, tugasan yang digunakan mestilah mesra pengguna dan mudah diakses. Contohnya, hanya menggunakan telefon bimbit. Hal ini kerana, apabila berlakunya pembelajaran secara kendiri, sumber utama yang dirujuk murid selain buku ialah internet. Kita sedia maklum pada masa ini, internet merupakan salah satu alternatif terbaik untuk semua golongan umur mengakses apa-apa maklumat mahupun berhubung antara satu sama lain. Maka, pembelajaran kendiri juga akan berlaku dengan efisien jika menggunakan internet yang kuat capaiannya. Misalnya, murid-murid yang ingin belajar melalui aplikasi Youtube pasti akan terganggu sekiranya tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi dan capaian internet yang meluas semasa menggunakannya.

 

Akhir sekali, kesan pandemik Covid-19 ini telah sedikit sebanyak mengubah persepsi pendidikan di Malaysia pada hari ini. Secara tidak langsung, penggunaan peranti moden seperti telefon bimbit dan komputer tidak lagi asing dalam kalangan murid dan ibu bapa. Perkara ini jika dipandang dari sudut positif, sudah pasti negara Malaysia tidak mustahil dapat mengikut jejak langkah kemajuan pendidikan di negara-negara barat yang moden dan berteknologi. Namun begitu, ibu bapa dan guru perlu meainkan peranan yang penting dalam memantau para murid menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian supaya tidak terjebak ke arah yang tidak sihat.


Catat Ulasan

0 Ulasan