Kualiti Komunikasi Guru dalam Bilik Darjah


Beberapa cara yang dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti komunikasi guru dalam bilik darjah adalah:


1. Memperbaiki kemahiran asertif - dengan menguasai teknik menyampaikan pendapat, harapan dan keperluan dengan jelas dan tegas. Guru perlu bercakap secara telus dengan murid dan bahasa yang digunakan adalah mudah difahami. Hal ini hanya boleh berlaku jika guru betul-betul kenal tahap pemahaman murid dan kenal perasaan mereka. Jadi mereka faham apa yang cuba disampaikan oleh guru dan apa yang perlu mereka lakukakn jika diberikan tugasan.


2. Memperbaiki kemahiran mendengar aktif - dengan berusaha untuk memahami dan menerima pandangan dan perasaan murid-murid. Guru yang lebih banyak mendengar lebih dihormati oleh murid. Murid rasa guru mudah didekati dan mereka boleh berbicara dengan yakin. Selain itu. murid rasa selamat kerana pandangan mereka juga akan diterima.


3. Menggunakan pelbagai cara komunikasi - dengan menggunakan pelbagai cara komunikasi yang sesuai dengan keperluan murid-murid. Oleh sebab murid adalah pelbagai, elok kiranya guru sedaya updaya menggunakan pelbagai bentuk komunikasi untuk dihadam oleh murid. Ada yang suka bercakap, ada yang suka dengan penerangan bergambar dan ada yang lebih suka dalam bentuk mesej atau tulisan.


4. Menjaga kesopanan - dengan menjaga kesopanan dan sopan santun dalam komunikasi. Guru yang lemah lembut dan berbicara bahasa yang baik dihormati murid. Tiada siapa di muka bumi ini suka guru yang berbahasa tegas dan garang sepanjang masa. Bahasa yang baik dan sopan meningkatkan energi murid untuk terus berkomunikasi dengan guru. 


5. Melakukan pemerhatian dan refleksi - dengan melakukan pemerhatian terhadap komunikasi yang dilakukan dan melakukan refleksi untuk memperbaiki kualiti komunikasi. Hal ini selalunya berlaku secara tidak langsung. Banyakkan bercakap dengan murid maka insha-Allah guru akan lebih faham kaedah komunikasi yang berkesan. 


Catat Ulasan

0 Ulasan