2 Produk Daiso Untuk PdPc


Tadi, baru je pegi Daiso Aeon Bukit Indah lepas dinner. Macam biasa kedai favourite kalau pegi Aeon haruslah Daiso. Barang murah, inovatif dan kualiti pun boleh tahan.

Mengapa Daiso?
1. Sebab memang dah kat Aeon
2. Tak pening sebab dah tahu dah semua harga barang RM5.90
3. Kualiti barang memuaskan.
4. Ada ciri-ciri keJepunan.

Ni dia barangnya; Fiber Stylus Pen & Solar Powered Moving Plants
Fiber Stylus Pen
Seronok tengok Cikgu Idris (cikguidris.com) guna Stylus Pen untuk ala-ala Digital Ink (by Cikgu Aman the famous sifu), mengajar tajuk Directions. Diberi satu peta, murid lukis arah pergerakan dekat smartphone dan dipaparkan pada skrin. Actually tahu stylus pen ni ada banyak jual. Selalunya gulp mahal juga. Lepas beberapa hari, orang maintainance Coway datang wat servis. Siap pakai stylus Pen untuk minta saya turunkan tandatangan. Tanya dia mana beli. Eh! kat Daiso kan ada. Tu yang gigih gi beli jugak.


Di sini ada banyak kegunaan pen stylus ini:
1. Boleh jadi stylus, boleh jadi pen sebenar.
2. Guna stylus untuk elak jari melecet, banyak sangat nak touch, scroll bagai.
3. Boleh lukis, buat peta minda kat Google Keep (rujuk: https://mudahmengajar.blogspot.my/2017/03/google-keep-diary-you-need.html)
4. Crop gambar lagi senang, tak perlu asyik tergelincir jari heret sana-sini.
5. Kalau sambil krup krap makan jajan, bley guna pen ni untuk touch screen.
6. Boleh ajar directions.
7. Boleh annotate note dan gambar.


Kat tempat lain pun ada tapi tak berapa user friendly. Yang ni ok.

Solar Powered Moving Plants

OK, dengan benda ini pelbagai idea boleh tercetus untuk PdPc:
1. Sebagai bahan untuk pembelajaran tenaga solar.
2. Sebagai bahan maujud untuk simulasi fotosintesis.
3. Sebagai set induksi.
4. Kepentingan alam semula jadi.
5. Penggunaan warna dalam sesuatu objek.
6. Ilmu keusahawanan, reka poster untuk jual produk ini.
7. Diletakkan pada learning hub di luar bilik darjah di bawah matahari dan murid boleh lihat bagaimana tenaga menghasilkan kuasa.
8. Luas permukaan, graviti, kestabilan objek.
9. Tulis karangan tentang bunga.
10. Tulis ayat-ayat menerangkan warna, bentuk dan ciri-ciri objek ini.
11. Fungsi warna dalam menggambarkan emosi.
12, Hiasan kelas la kan.
13. Boleh 'unassemble' parts produk ini untuk mengkaji komponennya.
14. dan banyak lagilah......

Itu sahaja perkongsian saya yang ringkas kali ini..
Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku





Catat Ulasan

2 Ulasan