RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) untuk PdPc PA21


Rancangan Pelajaran Harian (RPH) adalah asas kepada PdPc. Ia merupakan satu panduan berstruktur bagi guru untuk memastikan pembelajaran berlaku. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) 3/99, RPH ialah satu terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. 

3 maklumat utama mesti ada dalam RPH ialah:
1. Objektif pembelajaran:
  • Ditulis dengan jelas serta spesifik serta mengikut konsep SMART iaitu Specific, Measurable. Attainable, Realistic dan Timely.
  • Bagi memantapkan lagi perancangan PdPc yang rapi, adalah digalakkan menyertakan kriteria kejayaan. Kriteria kejayaan dapat menentukan garis panduan lebih jelas tentang apa yang perlu dikuasai oleh murid satu persatu. Seterusnya, hal ini dapat menentukan aktiviti pembelajaran yang akan dilakukan.
2. Aktiviti pembelajaran
  • Dicadangkan sekurang-kurangnya 3 aktiviti.
  • Aktiviti koperatif
  • Pembelajaran pembezaan (differentiated learning) berlaku samada menerusi pengisian, proses ataupun produk pembelajaran itu sendiri mengambil kira pelbagai aras keupayaan murid
  • Sumber pembelajaran
3. Impak
  • Bilangan murid menguasai dan tidak menguasai
  • Punca Pdpc tidak berlaku dengan baik dan sebaliknya 
  • Langkah penambahbaikan (jika perlu)

Sila download maklumat tambahan di sini:
PANDUAN PENULISAN RPH

Untuk lebih perkongsian dan perbincangan, join:
t.me/mudahmengajar



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) untuk PdPc PA21 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) untuk PdPc PA21 Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on September 13, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. Maaf bertanya. Saya kebuntuan seketika.
    Jika objektif tidak dapat dicapai sebagai contoh
    1) kita sasarkan 3 daripada 4 soalan boleh dijawab murid tetapi murid gagal menjawab tahap minimum iaitu 3, adakah guru perlu mengulang semula PDP itu pada masa akan datang?

    ReplyDelete

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.