RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) untuk PdPc PA21


Rancangan Pelajaran Harian (RPH) adalah asas kepada PdPc. Ia merupakan satu panduan berstruktur bagi guru untuk memastikan pembelajaran berlaku. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) 3/99, RPH ialah satu terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. 

3 maklumat utama mesti ada dalam RPH ialah:
1. Objektif pembelajaran:
  • Ditulis dengan jelas serta spesifik serta mengikut konsep SMART iaitu Specific, Measurable. Attainable, Realistic dan Timely.
  • Menunjukkan dengan jelas kepelbagaian aras murid (pembelajaran terbeza). 
Contohnya .....sekurang-kurangnya 5 ayat
.....sekurang-kurangnya 5 ayat sementara murid lemah sebanyak 2 ayat. 

2. Aktiviti pembelajaran
  • Dicadangkan sekurang-kurangnya 3 aktiviti.
  • Berlaku aktiviti individu dan koperatif / berpasangan.
  • Nama aktiviti jelas dan kata kerja aktiviti dinyatakan dengan tepat.
  • Bentuk penilaian dinyatakan; contohnya menyatakan secara lisan, menulis ayat dalam lembaran kerja yang diberikan dan sebagainya.
  • Sumber pembelajaran yang digunakan dinyatakan. Sekurang-kurangnya 2 jenis sumber. Satu untuk rujukan semasa mengajar dan satu lagi untuk rujukan murid semasa belajar atau menyiapkan tugasan.

3. Impak
  • Bilangan murid menguasai dan tidak menguasai.
  • Punca Pdpc tidak berlaku dengan baik dan sebaliknya 
  • Langkah penambahbaikan.

Sila download maklumat tambahan di sini:
PANDUAN PENULISAN RPH

Untuk lebih perkongsian dan perbincangan, join:
t.me/mudahmengajar



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Maaf bertanya. Saya kebuntuan seketika.
    Jika objektif tidak dapat dicapai sebagai contoh
    1) kita sasarkan 3 daripada 4 soalan boleh dijawab murid tetapi murid gagal menjawab tahap minimum iaitu 3, adakah guru perlu mengulang semula PDP itu pada masa akan datang?

    BalasPadam
  2. Assalam..setiap kumpulan murid terdiri drpd pengayaan,pengukuhan dan pemulihan...so soalan pun ikut aras...

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian bermanafaat.

    BalasPadam