MUDAH MENGUASAI SKPMg2 ASPEK 4.1 GURU SEBAGAI PERANCANG



Untuk aspek 4.1, Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan.


Markah: 10%

4.1.1 Guru merancang pelaksanaa PdPc secara profesional dan sistematik.



Apa guru perlu buat?
  1. Sediakan RPH
  2. Tentukan kaedah pentaksiran
  3. Menyediakan ABM/BBM/TM
Apakah tahap tindakan yang berkualiti?
  1. RPH yang jelas objektifnya dari segi kemahiran untuk dikuasai, boleh diukur serta aktiviti-aktivitinya bersesuaian (rujuk http://mudahmengajar.blogspot.com/2018/06/menulis-objektif-pembelajaran.html). Terdapat juga pembelajaran terbeza sekurang-kuranya terbeza aras. Juga rujuk (http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/09/perancangan-pdpc.html)
  2. Kaedah pentaksirannya sesuai mengikut tahap murid serta dicadangkan dalam 2 bentuk lisan dan bertulis. Bentuk pentaksiran sesuai untuk pelbagai aras keupayaan murid.
  3. ABM/BBM/TMK bukan sahaja untuk kegunaan guru mengajar tetapi juga untuk rujukan pelbagai aras murid semasa belajar / menyiapkan tugasan.

Untuk perbincangan lanjut, join:

Catat Ulasan

0 Ulasan