SKPMg2 Standard 4 adalah satu instrumen yang digunakan untuk mendapatkan tahap dan kualiti PdPc guru. Ia sangat berfokus dan membantu menentukan keperluan penambahbaikan seseorang guru dan latihan serta bimbingan daripada pihak pentadbir. Untuk rujukan boleh layari:
1. Asas untuk PLC
Berdasarkan analisis aspek yang kurang dikuasai guru dapat memberikan petunjuk perkara apa yang perlu dibincangkan dalam PLC dan seterusnya menjadi topik utama perkongsian ilmu.

2. Asas untuk LDP
LDP dapat dibina untuk pihak pentadbir merangka LDP peringkat sekolah dalam bentuk bengkel. Malah latihan juga boleh berdasarkan situasi di sekolah sendiri.
3. Asas untuk Learning Walk
Pihak pentadbir boleh membuat Learning Walk untuk memantau perkembangan semasa prestasi PdPc guru. Dengan adanya analisis SKPMg2, Learning Walk boleh diasaskan kepada aspek tertentu sahaja. Ia lebih mudah dan berfokus dan bukannya membuat pemerhatian dan catatan berdasarkan semua aspek dalam SKPMg2 Standard 4 guru.

4. Membina strategi pemarkahan
Tidak dinafikan ada sesetangah guru menghadapi kesukaran untuk mendapatkan skor yang tinggi pada aspek tertentu contohnya 4.6 Penglibatan Aktif Murid. Jika ia sukar untuk dikuasai, sekurang-kurangnya guru cuba mendapatkan skor penuh pada aspek-aspek mudah seperti 4.1, 4.2 dan seterusnya.
![]() |
kredit: cikguhailmi.com |
5. Mencari kekuatan guru
Dengan pencerapan guru, markah SKPMg2 Standard 4 yang dianalisis dapat menunjukkan kekuatan guru. Kapasiti dan bakat guru dapat dikenalpasti. Hal ini boleh membantu menentukan guru mana yang sangat berkebolehan mengurus murid lemah, guru yang mampu mengawal murid, guru yang mahir ICT, guru yang kreatif dan inovatif dan sebagainya.
6. Merancang penggunaan dan perolehan bahan BBM
SKPMg2 juga mampu membentuk analisis keperluan bahan BBM. Hal ini dapat dlihat apabila guru menhadapi kesukaran semasa dalam kelas dalam menyediakan bahan BBM. Cara terbaik menyediakan bahan BBM ready to use agar guru dapat menjalankan PdPc tanpa banyak persediaan fizikal.
Untuk lebih perkongsian dan perbincangan, join
0 Ulasan