GURU DAN GAYA HIDUP SIHAT; APA KATA MEREKA?



Cabaran demi cabaran yang perlu ditempuh oleh guru. Guru perlu mendepani apa jua yang mendatang dengan tenang dan penuh professional. Hal ini hanya boleh berlaku apabila guru mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang kuat. Untuk mencapai tahap ini, guru melalui pelbagai situasi seperti kekangan masa, bebanan tugas, tekanan emosi dan pelbagai lagi yang boleh menyebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Namun, guru tetap kuat dan berusaha menjadikan gaya hidup sihat sebagai asas untuk terus berjuang sebagai seorang pendidik. Apa kata-kata guru kita tentang gaya hidup sihat untuk guru?


Apa kata Doktor kita.....

D r.   A i n u l
1. Apakah definisi gaya hidup sihat bagi anda?
Secara umumnya, gaya hidup sihat adalah satu cara hidup yang sihat merangkumi kesihatan fizikal dan mental. Namun ramai terlupa bahawa kesihatan emosi juga perlu yang berkait rapat dengan unsur spiritual. Oleh itu, gaya hidup sihat adalah sihat dari segi fizikal, mental dan emosi.

2. Mengapakah ramai orang memilih untuk tidak bersenam dan apakah akibatnya?
Antaranya ialah tiada kesedaran untuk bersenam. Keduanya, tiada motivasi atau rakan-rakan yang menggalakkan mereka untuk berrsenam. Ketiga, kekangan masa kerana ramai perlu menguruskan bebanan kerja, keluarga, sambung belajar dan ada sesetengah meletakkan keutamaan bekerja lebih masa atau pendapatan tambahan kerana dengan itu boleh menambah sumber kewangan. Hal ini meyebabkan ramain indvidu bukan guru sahaja agak sibuk.
Hanya kebanyakannya bukan semua. Itulah cabaran utama bagi guru. Akibatnya agak sukar mencari masa untuk bersenam. 

3. Apakah senaman ringkas yang boleh dilakukan para guru?
Saya cadangkan guru-guru boleh cuba senaman kerusi (Chair Exercise) yang semaking trending di Youtube sekarang. Keraplah buat stretching apabila duduk terlalu lama. Akhir sekali, kerapa mendaki tangga di sekolah juga membantu. Mungkin guru sudah biasa dengan situasi sebegini tetapi bagi yang tidak biasa, boleh gunakan aktiviti menaiki dan menuruni tangga sebagai salah satu cara menggalakkan jantung kita pam lebih laju dan aktif. Insha-Allah banyak ruang untuk bersenam dalam masa yang terhad.




Dr Ainul atau nama penuhnya Ainulbariah binti Abd Wahid bertugas sebagai doktor perubatan di Klinik Kesihatan Majidee. Beliau seorang yang aktif mengadakan kelas-kelas senaman dan kesihatan. Beliau juga merupakan Co-Founder Champ Fizix Fitness Johor Bahru yang menyediakan kelas-kelas senaman, latihan kecergasan serta latihan bolasepak untuk kanak-kanak melalui program Zero9 Academy. Instagram


Bila guru-guru berbicara...

C i k g u   M o k   J u d o
1. Apakah definisi gaya hidup sihat bagi anda?
Gaya hidup sihat adalah apabila kita dapat menjalankan aktiviti seharian kita dengan lancar. Ia juga menghindari kita daripada melakukan aktiviti sia-sia ataupun tidak bermoral. Gaya hidup sihat juga mendisiplinkan kita untuk melakukakan perkara-perkara ke arah yang lebih baik.
2. Bagaimanakah anda boleh menggunakan peranan anda sebagai duta Guru Nadi Negara untuk menyebarkan mesej gaya hidup sihat kepada guru-guru?
Saya menggunakan kelebihan saya ini untuk menyebarkan maklumat berinformasi serta inspirasi gaya hidup sihat dengan aktiviti senaman dan amalan pemakanan menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain Mesej ini khasnya untuk guru-guru di luar sana yang merupakan role model kepada masyarakat kita. 
3. Program bagaimanakah yang dapat membantu guru-guru kita menjadi guru yang sihat dan cergas?
Saya amat berharap banyak program senaman sihat dilakukan seperti senamrobik dan Zumba. Ia perlu melibatkan semua guru. Hanya mengambil masa 15-30 minit sahaja sekurang-kurangnya seminggu sekali. Boleh juga dilakukan pada hari kokurikulum. Lakukan secara santai dan sporting,



Cikgu Mohd Fakhrul Izzat Afandi atau dikenali sebagai Mok Judo adalah guru sukan yang popular di media sosial. Beliau merupakan seorang atlet Judo Kebangsaan dan Malaysia Mixed Martial Arts Champion. Beliau telah memenangi pingat Perak dalam acara Combat Sambo di Sukan Sea, Filipina baru-baru ini (Tahniah diucapkan!). Bertugas sebagai guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di SMK Mohd Khalid, Johor Bahru. Selain daripada sibuk menjalani latihan sukan, beliau juga aktif mengajar Boxing dan juga latihan kecergasan di Paragon Fitness Factory, Johor Bahru. Instagram Facebook 

C i k g u   J a s o n   T a l a d
1. Apa definisi guru sihat bagi anda?
Guru yang sihat ialah guru yang sihat fizikal dan mental. Perlu seimbang kedua-duanya melalui senaman dan permikiran yang positif. Guru yang sihat ialah guru yang sentiasa bersedia mengahdapai suasana under pressure serta perubahan dalam kerjaya guru dan kekangan masa dalam menjaga kesihatan.
2. Apakah antara amalan yang boleh dilakukan oleh guru untuk sihat fizikal dan sihat mental?
Untuk fizikal, pastikan bersenam 3 kali semggu. Jangan tidak bersenam sehingga lebih daripada 3 hari. Biasakan jantung kita bekerja lebih daripada biasa bagi membina kekuatan kardiovaskular. Untuk mental pula, sentiasa berfikiran positif, tenang dan jauhi perkataan dan sumber-sumber minda negatif.
3. Kebanyakan guru sekarang sangat stressed dengan beban kerja. Ada yang perlu stay di sekolah sehingga lewat ptg dan ada kalanya sudah terlalu penat di waktu malam. Bagaimanakah guru boleh mencari masa dan ruang untuk bersenam dalam situasi sebegini?
Masa jangan dicari. Peruntukkan masa khas untuk bersenam. Kerana jika dicari, kita tidak akan menjumpainya. Reset minda kita masa bersenam adalah seperti masa untuk makan atau masa untuk menonton televisyen yang mana jika kita tak buat seperti tidak lengkap hidup kita. Fikirkan penyakit, fikirkan masa sakit pasti kita akan mahu bersenam. 



Cikgu Jason adalah merupakan seorang jurulatih kecergasan yang tidak asing lagi di kalangan guru-guru di daerah Tawau. Beliau adalah seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di SMK Tawau. Beliau menganjurkan program-program Lose Weight yang diadakan secara berkala. Sudah ramai yang mengubah saiz badan dan tahap kecergasan melalui program-program yang beliau anjurkan. Instagram Facebook

C i k g u   M a r i a
1. Apakah definisi gaya hidup sihat bg anda?
Gaya hidup sihat bagi saya ialah seimbang keperluan dan kehendak kehidupan. Saya cuba memenuhi keperluan keluarga sebaiknya juga keperluan kerjaya perguruan saya dalam masa yg sama saya cuba memastikan kehendak kehidupan saya juga diisi. Contohnya dalam kesibukan menguruskan keluarga dan tuntutan kerja, saya akan mencari ruang untuk melakukan aktiviti yg saya gemari sama ada meluangkan masa bersama rakan-rakan, beridah (berlari), dan bercuti bersama keluarga. Saya juga memastikan keluarga saya mengamakan pemakanan sihat dgn menyediakan bento (bekal) utk suami,anak-anak bersekolah dan anak-anak ke rumah pengasuh. Gaya hidup sihat saya juga ialah 'stress free'.Saya tidak suka membiarkan tekanan menguasai diri kerana bimbang ia akan menjejaskan emosi juga kesihatan saya. Biasanya jika saya berasa 'stress' dengan tugasan kerja, saya berbincang dengan rakan-rakan guru yg selalu menjadi buddy support di kalangan kami.
2. Bagaimanakah anda berdepan dengan cabaran kerjaya guru dan menguruskan 5 orang anak yang masih kecil?
Bukan mudah namun ianya bukan juga sukar. Kadangkala segalanya dapat dilakukan dengan mudah,namun ada masa pula segalanya kacau bilau. Semakin bertambahnya bilangan anak, semakin saya belajar menguruskan mereka dgn baik, sabar itu perlu tebal. Saya sebolehnya cuba siapkan tugasan sekolah di sekolah dan jika tugasan itu tidak 'urgent' saya akan buat sedikit demi sedikit di sekolah di antara selang masa kelas atau pulang sedikit lewat mengikut keupayaan saya. Namun, ada juga tugasan yg saya bawa balik ke rumah seperti menanda kertas peperiksaan yg biasanya saya lakukan selepas selesai menguruskan keluarga. Anak-anak pun dah faham kami suami isteri guru kadangkala kami bawa tugas sekolah ke rumah dan anak2 tidak mengganggu kami. Kami sediakan aktiviti utk anak-anak lakukan sementara kami selesaikan tugas sekolah seperti melukis mewarna, baca buku, bermain, menonton televisyen atau berbasikal di laman rumah. Atau paling kritikal saya siapkan tugasan pada waktu malam semasa semua lena bermimpi. Saya suka amalkan ganjaran kepada anak-anak. Antaranya saya akan belanja suami dan anak-anak makan atau bawa berjalan selepas kelas tambahan hujung minggu yang saya perlu hadiri. Pada saya ini adalah pengorbanan anak-anak mengizinkan saya berkorban masa keluarga utk kerjaya saya. Anak-anak biasanya akan ikut sekali semasa saya mengajar kelas tambahan kerana saya tidak mahu mengganggu pengasuh pada hujung minggu.
3. Anda aktif dengan acara-acara larian secara berkala. Mengapa anda memilih aktiviti-aktiviti sebegini?
Saya suka berlari kerana ia menenangkan dan saya ada ruang utk berfikir. Saya suka menyertai acara larian setiap bulan supaya saya lebih komited dlm aktiviti riadah kerana kadangkala sukar utk beriadah secara konsisten dgn kesibukan kehidupan. Berlari juga mencabar kekuatan saya untuk tidak mudah mengalah dan kepuasan tercapai di garisan penamat. Selain itu, saya juga suka berenang.Saya biasanya berenang bersama anak-anak pada waktu petang di kolam renang kawasan perumahan saya. Berenang juga membantu menstabilkan emosi dan meningkatkan kecergasan saya.



Cikgu Maria adalah seorang guru Bahasa Inggeris di SK Senai. Beliau merupakan seorang guru yang gemar memasak serta aktif menyertai acara larian. Berumur 34 tahun, telah berumah tangga dan dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata. Beliau rajin berkongsikan di Facebook aktiviti-aktiviti bersama murid, rakan-rakan guru dan aktiviti riadah bersama keluarga. Pa Ma, take notice! Facebook


Alhamdulillah. Banyak yang kita boleh pelajari daripada guru-guru kita bagaiman mereka menguruskan gaya hidup sihat mereka. Nantikan bahagian ke-2.

Jangan lupa layari juga post-post kami yang lain:

Senaman Dalam Bilik Darjah


Join:




Catat Ulasan

0 Ulasan