Di sekolah, suasana boleh menjadi sangat bosan dan memenatkan. Dipengaruhi dengan suasana persekitaran yang tidak selesa, kadang-kadang cuaca yang kurang baik serta tajuk yang diajar pula agar sukar untuk murid minati. Murid-murid pula datang dalam keadaan tidak bersedia dan mengantuk. CIkgu-cikgu boleh cuba pelbagai cara dari segi PdPc tetapi ada masanya hal ini disebabkan oleh kesediaan fizikal dan tenaga murid. Oleh itu, saya cadangkan kita buat senaman ringkas untuk beri murid tenaga, kesedaran mental serta menjadi seronok untuk berinteraksi dalam kelas.
Pentingnya senaman ringkas sebelum PdPc ini bermula adalah kerana:
- Dapat menyegarkan kembali murid, bila berlaku pergerakan fizikal, murid dapat meringankan bebanan mental.
- Melancarkan peredaran darah.
- Jantung bergerak lebih aktif dan dengan itu dapat mengepam darah dengan baik dan lancar ke otak.
- Aktiviti fizikal dapat mengeluarkan hormon Endorphin yang mencertuskan rasa gembira apabila berlaku aktiviti bersenam.
- Murid lebih ceria dan dapat berinteraksi bersama guru dan rakan-rakan.
- Murid dapat ketawa dan rasa gembira bersama rakan-rakan.
- Guru dilihat sebagai seorang yang terbuka dan ceria.
Aktiviti senaman ringkas tidak perlu mengambil masa yang lama. Hanya perlu 5-7 minit sahaja. Dengan kekangan masa, aktiviti senaman ringkas boleh dibuat hanya 2 kali sehari iaitu sebelum subjek pertama awal pagi dan subjek pertama selepas waktu rehat.
Mahu lebih kreatif, berikan murid ruang untuk mereka 'lead'. Pastinya mereka ada lagu-lagu dan gaya yang cukup kreatif. Siapa kata sekolah perlu menjadi tempat yang membosankan.
Anda perlukan rujukan, lihat video-video ini:
I like to Move It
Hip Hop Fun Warm Up
Bhangra Style
Strong By Zumba
Salsation Style
Well, susah juga nak cari video yang bersesuaian dengan tahap anak murid sekolah dan gerakan yang tidak terlalu 'fenomena 😅. Ambil mana yang bersesuaian. Jika tiada, buat jelah apa-apa yang ngam :P.
Ok cikgu-cikgu semoga kita sentiasa sihat dan bersenam selalu. Murid happy, cikgu pun happy kan?
Untuk lebih perkongsian, join:
1 Ulasan
Perkongsian yg menarik
BalasPadam