Sediakan Murid Kita


Mengapa murid selalu clueless bila nak mula kelas. Adakah mereka tak cukup tidur? Mereka malas? Mereka tiada pengetahuan sedia ada?

Setiap hari bila kita masuk kelas, kita sebagai guru adalah umpama sebuah ensiklopedia bergerak. Kita tahu semua. Kita mampu menakluk dunia. Tetapi malangnya, murid kita adaalah sebarisan, sekumpulan, segagasan rakyat jajahan yang tiada perasaan, tiada anggapan dan tidak tahu! Mereka ternanti-nanti apa yang akan disajikan kepada mereka. Ada hari mereka suka dengan penantian ini, ada masa mereka tak mahu pun menantikan apa-apa. LOL.

Bayangkan kita sebagai guru, pergi sesuatu kursus mahu pulak yang bersiri, pasti kita terlopong sahaja tertanya-tanya apa nak belajar hari ini. Bagaimana saya rasa apa saya belajar hari ini akan jadi sesuatu yang berbaloi bagi diri kita. 

Begitulah juga murid kita. Penantian mereka suatu penyeksaan. Keseksaan ini dapat dibendung dengan banyak perkara. Kejutan, ganjaran, tanggungjawab, aktiviti.

Kejutan & Ganjaran
Cuba lakukan sesuatu yang baru hari ini. Cikgu pakai kostum. Menyanyikan lagu. Bawa barang besar. Berdrama. Apa sahaja yang mampu membuat murid kita Wow. Kita adalah artis di mata murid kita. Pasti mereka teruja. Apatah lagi jika cikgu yang biasa bercakap biasa dengan suara yang tidak kuat tiba-tiba hari ini datang memakai topeng. Tiba-tiba hari ini bawak pistol air. Pasti celik mata murid kita. Walaupun ilmu adalah sandaran utama, tapi penyampainya akan jadi apa yang dilihat oleh murid.
Cikgu tidak suka lakukan sesuatu yang drastik, apa kata beri ganjaran mengejut pula. Contohnya, semua murid hari ini dapat sebatang pensel! Atau semua murid dapat sticker Marvel. Apa sahaja mampu buat murid bertepuk tangan. Kerana apa? Kerana kita adalah host. Lagi meriah dan suka murid kita, makin mudah mereka menerima mesej dan pelajaran yang kita beri.

Tanggungjawab
Maksud tanggungjawab di sini ialah beri peluang murid bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka. Buat undian mereka nak buat aktiviti apa hari ini. Tanya mereka kalau mereka nak belajar topik hari ini mereka nak belajar dengan cara macam mana? Minta mereka juga sediakan bahan sebelum kelas. Beri mereka peluang sampaikan apa sahaja yang jadi minta mereka. Contohnya jika mereka suka menyanyi, minta mereka menyanyi dan tukar lirik kepada isi pelajaran semalam. Ada banyak cara kita boleh libatkan murid kita dalam pelajaran.

Aktiviti
Pelbagaikan aktiviti. Kalau hari ini sudah mennyanyi, esok mungkin berpantun, lusa pulak berdrama, seterusnya main kuiz pula. Barulah murid kita rasa setiap hari ada sesuatu perbezaan. Jangankan murid, kita pun macam tu kan.
Apabila minda murid kita dirangsang, minat mereka dirai dan cara mereka nak belajar dihargai, pasti mereka akan bersedia. Mereka rasa belajar di sekolah adalah suatu masa mereka berkomuniti, menyampaikan rasa dan suara serta boleh belajar dalam keadaan yang selesa dan menyeronokkan. Pasti mereka takkan cari keseronokan itu di pusat-pusat hiburan, main game dan sebagainya. Kerana keseronokan belajar di masa kini bukan lagi satu ganjaran atau dorongan buat murid tetapi sudah jagi sebahagian daripada hak mereka.

Mampukah kita nak asyik sediakan yang seronok sahaja?
Kemampuan kita terbatas, objektif kita juga sudah tersedia. Eh tak bolehlah selalu. Ya tak boleh selalu. Seimbangkan. Bincang dengan raka-rakan dan timba ilmu. Lihat bagaimana ramai rakan-rakan kita di seluruh Malaysia mampu menyediakan pelmbelajaran yang sarat dengan didik hibur tetapi mampu meningkatkan kecmerlangan subjek. Usah putus asa, usah takut. Bina komuniti anda dan berkongsi tips.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Saya kagum dengan tulisan ini, ianya sangat sama dengan pemikiran saya.cuma pelaksanaannya mungkin belum cukup sempurna..agaknya ada kekangan juga..tapi boleh diatasi sedikit demi sedikit..saya percaya..
    Sy berpegang teguh PD suatu prinsip.. "Tiada murid, tiada lah guru " punca pendapatan yg kita dpt adalah bayaran rakyat..kita Cuba lah APA yg ada dalam tangan dulu..terima kasih penulis..

    BalasPadam