5 Sebab Kenapa Anda Mesti Pergi Ke Petrosains


Khamis lalu, Johor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Jadi apa lagi terus 🚗 ke KL. Destinasi kali ini pastinya Pertrosains KLCC. Dah lama nak try, baru sekarang tergerak hati. Teruja sebab baru tengok Petrosains Science Show Competition sehari sebelumnya. Memang marbeles. Rasa nak cuba-cuba jadi saintis pulak.

Sampai di sana memang puas hati. Staff dan volunteers pun cekap. Queue pun tak panjang sebab hari berkerja mungkin. Dari masuk sampai lah keluar, masa diambil adalah selama 5 jam. Itupun banyak benda x sempat explore lagi.




Di sini saya kongsikan 5 sebab yang awesome anda WAJIB pergi ke Petrosains ini:

1. 🔬Explorasi pelbagai aspek Sains
Kalau nak bagi diri sendiri atau anak-anak minat sains memang di sinilah tempatnya. Pelbagai aspek Sains seperti kelajuan, graviti, cari gali, bencana alam, penerokaan angkasa lepas. Peta yang diberikan dekat entrance memang membantu anda mengenal pasti tema. Jadi anda tahu menjelajah seolah-olah mengikut topik dan tidak bersepah. Anda pun tak pening.





2. 😙Aktiviti-aktiviti melibatkan pelbagai deria dan hands-on
Ya, inilah yang kita nak. Kalau tengok gambar, patung atau video je pasti bosan. Macam muzium la pulak. Tapi kat sini, anda boleh sentuh, dengar, pijak, pegang, main games, membina daripada blok-blok, terlibat dalam sesi  eksperimen dan pelbagai lagi. Semuanya BEST dan anda jadi mudah faham.












3. 🎩Eksperimen, simulasi dan demonstrasi LIVE

Pastinya anda nak tengok benda real kan. Contoh benda terbakar, simulasi pergerakan, ataupun sesuatu objek terbentuk. Di sini, semua itu ada dipamerkan. Memang AWESOME! Malah anda boleh bersoal jawab terus dengan staff/volunteers jika ada soalan. Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Pergh, bagus penguasaan bahasa staff & volunteers di sini. Jawapan mereka pun penuh fakta. Semua aktiviti di atas adalah selamat. Kalau nak turut serta, ketinggian atau umur peserta akan diperiksa dulu agar menepati had bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.








4. 🚻Kemudahan awam yang selesa.
Kalau dah terperuk dalam tempat pameran macam ni mesti ade yang sampai masa perlu memenuhi 'panggilan alam'. Nak nak pula kalau anak-anak. Aduih, parah. Chillex! Di sini terdapat banyak tandas dan tempat untuk tukar lampin anak. Jadi anda tak perlu risau bab tu. Nak pergi solat dulu pun boleh.  Surau ada disediakan.


5. 💲Harga berpatutan. Ha tu yang semua nak dengar kan, hopkos!
Harga tiket dewasa cuma RM20 manakala kanak-kanak 8 tahun ke atas ialah RM8. Jika anda tak join yang fun ride, anda dapat 10% diskaun. Memang berbaloi.




BONUS BONUS BONUS Tips!

1. 📝Rancang perjalanan anda. Pilihlah waktu yang bukan peak hour. Kalau anda cikgu, time cuti sekolah sebelum pukul 12pm la yang bagus sebab warga kota tengah sibuk bekerja. Makan awal sikit kenyang-kenyang. Semasa trip saya, saya makan kat Wendy's dalam kul 10.30pg.

2. 🚝Cane nak datang sini? Boleh naik train atau parking sahaja kereta anda di basement parking. Ke sini boleh guna waze taip, 'basement parking KLCC'. Rate mahal sikit tapi selesa jugaklah. Parking banyak dan anda boleh scan barcode parking anda so x perlu nak snap gambar sebab takut lupa di mana anda park kereta anda.

3. 🏡Alang-alang ke KLCC, boleh plan siap-siap lepas masuk ke Petrosains, anda boleh pergi ke taman kat luar KLCC ni di sebelah petang. Anda juga boleh menyempat pergi naik Sky Bridge (harga tiket RM24.00).   

 

👉Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.petrosains.com.my/
👉Anda juga boleh like Fb page Petrosains.
























5 Sebab Kenapa Anda Mesti Pergi Ke Petrosains 5 Sebab Kenapa Anda Mesti Pergi Ke Petrosains Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on March 26, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.