IDEA SET INDUKSI



Set induksi adalah tunjang kepada PdPc yang berkesan. Kenapa? Sebab set induksi boleh merangsang minat murid untuk belajar dan menerbitkan semangat ingin tahu mereka. Set induksi yang menarik dan kreatif boleh menjadikan murid lebih aktif untuk aktiviti seterusnya. Ia perlu ringkas dalam 5-7 minit sahaja. Mari kita tinjau beberapa idea tambahan set induksi untuk PdPc. 

1. Sampul Berwarna
Guru sediakan beberapa sampul berwarna. Di dalamnya ada beberapa pernyataan samada murid sebutkan atau ulas. Boleh juga menjadi teka teki. Kelebihan cara campul berwarna ialah murid menjadi excited dan berdebar untuk memilih sampul.

Image result for assorted colored envelopes

2. Puzzle
Beberapa kumpulan diberikan set puzzle. Kemudian, mereka menyatukan puzzle tersebut. Kemudian mereka jelaskan apa yang muncul setelah puzzle itu disiapkan.

Image result for animal puzzle

3. Teka Penamat
Murid diberikan satu cerita, mereka cuba menulis penamat kepada cerita yang dibacakan kepada mereka.

4. Hidden Items
Murid ditunjukkan gambar satu tempat. Kemudian, mereka mencari objek tersembunyi. Objek tersebut adalah perkara yang akan dipelajari dalam PdPc.

Image result for hidden items in photos

5. Mystery
Guru memberikan satu jalan cerita atau video. Murid perlu menyelesaikan misteri kehilangan, perkara tersirat dan membuat keputusan siapa yang bersalah. Jalan cerita misteri ini perlulah pendeka dan singkat dan ada kaitan dengan elemen pembelajaran pada hari tersebut.

6. Book Cover
Sebelum belajar tentang sesuatu cerita atau biografi, murid ditunjukkan dengan kulit depan buku. Murid menyatakan pendapat mereka tentang isi buku berdasarkan kulit depan buku tersebut.

7. Food Tasting
Murid merasa makanan dan menceritakan apa yang mereka rasa. Ia boleh menjadi secara langsung ataupun simbolik.

8. Glob
Murid memegang glob dan melihat peta-peta dunia. Mereka menjelaskan apa yang mereka lihat serta perasaan mereka.

9. Sentuh Tanah atau Objek
Aktiviti induksi sebegini merangsang deria sentuh murid. Murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk meneka objek serta mendorong mereka untuk berfikir lebih tentang objek yang disentuh. Hal ini menimbulkan tanda tanya dan semangat ingin tahu mereka.

10. Kotak Misteri
Dalam setiap kotak, ada objek dan mereka perlu meneka objek di dalamnya. 

Image result for mystery box

11. Qr Code
Murid menggunakan peranti dan mengimbas objek dan menyatakan apa yang mereka dapat lihat, dengar atau baca.

Image result for scan qr code activity

12. Dialog
2 orang murid dipanggil. Mereka membacakan dialog mereka dan murid perlu menyatakan apa yang mereka faham dan dengar daripada dialog tersebut.

13. Merge VR
Murid diberikan sekotak kiub berkod. Dengan menggunakan aplikasi yang ada dalam tab, murid mengimbas kota tersebut dan dapat melihat objek AR.

Image result for merge ar

14. Sedutan klip audio
Murid mendengar sedutan audio dan menulis pernyataan yang mereka dengar.

15. Pantun
Murid membaca pantun yang terkandung elemen penting pmebelajaran.

16. I have who has
Beberapa pasangan diberikan kertas I Have Who Has. Mereka akan bersahut sahutan. Contohnya, pasanga A ada 'I have a book, Who has a pencil?, pasangan B pula menjawab 'I have a pencil, Who has a ruler?' dan seterusnya,

17. Lirik Lagu
Murid menyanyikan lagu yang popular dengan liriknya diubah suai mengandungi elemen pembelajaran topik pada hari tersebut.

18. Bina
Murid diberikan set lego dan mereka bina bentuk berdasarkan pernyataan yang diberi (objek, bunyi, haiwan ataupun apa sahaja.

Image result for lego making

19. 5 Words
Cikgu berikan satu perkataan dan murid tulis 5 perkataan mereka boleh kaitkan dengan perkataan utama tadi. 

20. Undian
Guru mengajukan beberapa soalan dan murid perlu membuat undian.

Image result for digital poll

21. PreTest
Murid diberikan kuiz dan mereka uji pengetahuan sedia ada mereka.

22. If I were / Kalau saya
Murid diajukan soalan dan mereka perlu berimaginasi apa yang mereka akan lakukan jika mereka.

23. I Move
Beberapa pergerakan digantikan dengan kata kunci tertentu. Guru menyebutkan kata kunci itu dan murid menunjukkan pergerakan.

Untuk perbincangan lebih lanjut, join

Catat Ulasan

3 Ulasan