Pembelajaran Terbeza



Pembelajaran Terbeza bermaksud murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi murid. Pembelajaran Terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan serta kemampuan pembelajaran. Dalam sesuatu PDPC adalah perlu untuk pembelajaran terbeza ini berlaku supaya murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran Terbeza mengambil kira 3 aspek iaitu melalui kandungan, proses dan hasil. Ia dizahirkan melalui RPH sehinggalah kepada PdPc.

3 aspek dalam pembelajaran terbeza adalah:

  • Kandungan
  • Proses
  • Hasil
Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah apabila kandungan yang diberikan berbeza mengikut tahap murid. Contohnya.

Kemahiran: Murid boleh mencari isi penting berdasarkan petikan yang diberi.
1. Murid pandai/sederhana diberikan teks biodata Datuk Lee Chong Wei. Teksnya lebih panjang serta banyak info yang diberikan (3 perenggan). 
2. Murid lemah pula diberikan biodata Datuk Lee Chong Wei yang lebih ringkas (2 perenggan).

Pembelajaran terbeza dari segi proses pula adalah murid melakukan aktiviti yang sama tetapi melalui proses yang berbeza.
1. Murid pandai/sederhana mencari isi penting dengan aktiviti think pair share.
2. Murid lemah pula mencari isi penting dengan menggariskan isi-isi penting.

Pembelajaran terbeza dari segi produk pula memerlukan murid berlainan menghasilkan produk yang berlainan.
1. Murid pandai/sederhana membuat peta minda atau rumusan untuk menerangkan isi-isi penting.
2. Murid lemah membuat jadual senarai isi penting. 

* Adalah perlu diingat, pembelajaran terbeza tidak membezakan kemahiran murid pandai/sederhana dengan yang lemah. Kemahiran tetap sama yang berbeza ialah kandungan, proses ataupun hasil. Untuk hasil, ia boleh berada dalam bentuk sesuatu itu dihasilkan atau pun bilangan. Contohnya, murid pandai/sederhana hasilkan 5 isi penting sementara murid lemah cuma 3 isi penting.

Perkara yang boleh menjayakan pembelajaran terbeza adalah:
1. Ada analisa kemahrian murid. Guru sudah tahu pencapaian murid. (Aras/tahap pembelajaran)
2. Guru mengenal kemampuan murid. Maksudnya sejauh mana murid mampu menghasilkan sesuatu tugasan. (Kemampuan pembelajaran)
3. Kencenderungan pembelajaran murid dikenalpasti melalui ujian psikometrik ataupun pemerhatian. (Kecenderungan pembelajaran).


Bagaimanakah pembelajaran terbeza itu dizahirkan dalam RPH:
1. Bilangan minimum jumlah hasil diberikan. Contoh, murid menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 isi penting berdasarkan petikan yang diberikan (elemen 4.1.1 SKPMg2).
2. Pada bahagian aktiviti disenaraikan nama aktiviti mengikut aras murid atau bentuk produk dinyatakan. 

Dengan adanya pembelajaran terbeza, semua murid diraikan. Semua murid mendapat peluang yang sama untuk mencapai tahap optimum dalam pembelajaran.

Mahukan penerangan lanjut, join








Pembelajaran Terbeza Pembelajaran Terbeza Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN SURIAN on February 22, 2018 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.