Borang Analisis Item Soalan



"Sebenarnya apa kelemahan dan kekuatan murid saya eh?. Rasanya semua tajuk pun tak menguasai. Kalau nak perbaiki pun, nak mula dari mana?Apa yang perlu diberi perhatian. Macam semua tajuk je kena ajar semula."

Inilah senario biasa cikgu-cikgu bilamana peperiksaan dah habis, paper dah siap tanda. What's next? and yes WHAT's NEXT???💆

Itulah sebabnya guru-guru digalakkan (malah HARUS) buat analisis item. Analisis item ini dapat membantu guru dari segi:
✅Mengenalpasti tajuk-tajuk/soalan-soalan yang masih belum murid kuasai.
✅Mengetahui tahap penguasaan murid terhadap satu-satu topik.
✅Melihat kelemahan dan kekurangan soalan yang tidak dijawab dengan betul. Adakah soalan itu mengelirukan, sukar difahami.
✅Membina langkah-langkah intervensi untuk penambahbaikan PdPC serta pembinaan item soalan.





Bagaimana nak buat?
Senang je.
Guru sebutkan no soalan, nanti murid angkat tangan bagi sesiapa yang salah untuk soalan tu. Lepas tu kira. 13 ke, 18 ke, 25 ke..and so on
.

Intervensi
1. Setelah mengenalpasti tajuk-tajuk yang belum dikuasai murid, daripada itulah guru-guru tahu nak buat latih tubi bab mana, topik mana, dan soalan bentuk yang macam mana. Barulah intervensi itu khusus dan tembak tepat ke sasarannya. Tidaklah asyik latih tubi set penuh copy dari mana-mana sampai lebam. Tajuk lemah tidak juga diberi penekanan.

2. Strategi PdPC dapat dibina. Bukan untuk menjawab soalan sahaja tapi bagaimana input dan aktiviti dalam PdPC itu hendak disampaikan. Jika murid lemah penggunaan Simple Past Tense, mungkin sebelum ini ajar dengan menghafal senarai Simpe Past Tense yang sangat membosankan. Lepas ini mungkin guna kaedah TARSIA pulak. Ataupun LOOP ke?. Cuba cara dan pendekatan lain pulak. Motivasi juga boleh dibina dengan kuiz KAHOOT!

"Ok-ok dah faham dah tapi macam mana rupa borang analisis ini. Tak pernah nampak pun!"

Actually, tiada format khusus, Boleh bina sendiri tapi kalau tiada idea, di sini saya kongsikan  
BORANG ANALISIS ITEM 
cadangan saya.

(nak maklumat lebih lanjut tentang analisis item, boleh pergi blog http://www.cikguhailmi.com/2015/07/kenapa-guru-perlu-buat-analisis-item.html)
 

Catat Ulasan

1 Ulasan