Cara Mudah Simpan Artikel/Video/Gambar FB untuk rujukan anda

Pernah tak anda rasa suka dengan kata-kata hikmah, video pembelajaran yang menarik, gambar hiasan kelas yang cantik, artikel penting tentang PdPC dan sebagainya kat Facebook?

Selalunya....
😅Ya, saya suka tetapi biasanya saya hanya SAVE dan download ke phone sahaja.
😅Tapi alamak! Dah simpan dalam phone, saya lupa pulak sumber bahan-bahan itu. Pastu phone pun dah penuh storage.
😅 Ya, kadang-kadang saya 'share' semula kat page sendiri. Share dan share, semak jadinya wall sendiri. Lepas tu dah lupa dah tak tengok balik apa saya dah share.


🔮
Di sini saya kongsikan cara mudah simpan artikel/video/gambar FB untuk rujukan anda.

1.Pilih post yang anda suka. Contohnya di bawah ini 👇.




2. Pergi ke bahagian bertanda 👇 dan click. Akan ada drop down menu.


3. Kat drop down menu, anda dapat senarai berikut: Pilih 'Save post'.




Sekarang anda sudah berjaya simpan post itu dalam Facebook dan akan keluar perkataan 'Saved' seperti  ini 👇




4. Kat mana  pulak post ni disimpan? Ok anda pergi ke bahagian menu Fb anda...dan pilih 'Saved'.





Sekarang anda boleh tengok semua yang anda simpan seperti ini 👇.





Untuk setiap post ada titik besar ... Anda klik di situ untuk mendapatkan pilihan seperti ini 👇.




Anda boleh la nak share semula kat page sendiri ke, ke group ke, hantar melalui mesej ke ataupun buang artikel  tu.


Kelebihan 'feature' ini ialah:
✔ Boleh 'trace' sumber asal post yang anda simpan. Penting ni sebab mungkin nak hargai orang yang berkongsi bahan untuk PdPc cikgu semua.
✔ Mudah, tak perlu simpan dalam telefon. Jimat ruang.
✔ Wall sendiri tak jadi semak.
✔ Kalau anda dapati ada artikel dah tak relevan, boleh buang sahaja.

Selamat mencuba cikgu dan boleh kumpul banyak-banyak bahan daripada perkongsian rakan-rakan di Facebook ! 💪.




Catat Ulasan

0 Ulasan