Stesen Sumber Di Dalam Kelas

Ok hal ni bukanlah perkara baru. Ramai guru sudah pun menyediakan stesen sumber di dalam kelas tetapi masih kurang yang berjaya. Kenapa eh?

1. Bahan-bahan disediakan tidak membantu.
2. Hanya ada 1 bentuk sumber sahaja. Contohnya kamus.
3. Rosak.
4. Tidak menarik
5. Asyik murid yang sama sahaja yang menggunakan sumber tersebut.
6. Kos tinggi,
7. Persekitaran kelas tidak sesuai. Semak.
8. Kalau untuk subjek saya saja penatlah!

Ini jawapan cara untuk mengatasi isu-isu di atas:
1. Gunakan bahan-bahan yang universal dan boleh digunakan untuk pelbagai subjek. Contohnya, encyclopedia yang banyak gambar dan fakta, kamus bergambar, Chromebook/Tablet dengan akses internet, alat pengiraan, nota formula Matematik/sifir dan sebagainya.

2. Pelbagaikan bentuk sumber. Jadi murid boleh mencari maklumat dan menggunakan bentuk Tools. Independent learning orang kata. Jadi cikgu jadi pemudah cara sahaja. Info murid cari sendiri dan guru approve atau disapprove maklumat murid tersebut.

3. Kalau kelas itu melibatkan kelas transit atau ada pertukaran kelas sesi pagi dan petang, tak perlulah tinggalkan di dalam kelas. Bawa masuk ke dalam kelas bila perlu sahaja. Boleh juga sediakan almari berkunci. Senang nak simpan.

4. Hiaslah. Kalau sudah pelbagai pasti menarik. yang penting, buku-buku dibalut. Kotak sumber pulak kalau kotak tidak cantik, balut sahaja dengan pembalut hadiah. Tampal sticker sikit2 dan cantik dah. Rujuk post saya tentang sticker 👉 Jom Guna Sticker.

5. Gunakan konsep Task Based Learning. Apabila sesuatu tajuk dikemukakan, setiap kumpulan diberi tugasan berbeza. Kumpulan 1 cari maksud dalam kamus, kumpulan 2 pula cari gambar-gambar di stesen gambar/VLE/Chromebook. Tugasan itu pula akan rotate untuk setiap tajuk. Jadi semua orang akan mendapat pengalaman mencari maklumat dari stesen yang berbeza.

6. Kos tinggi?Sediakan bahan-bahan yang boleh digunakan berulang kali sahaja. Boleh jimatkan dengan membeli bahan-bahan seperti kalkulator mini (RM2.12 sahaja sebuah) di kedai Eco-Shop. Kat Mr. DIY pun boleh dapat murah. Nak lagi baik, buat projek sumbangan yang mana ibubapa boleh berikan sumbangan bahan-bahan terpakai seperti buku-buku, kamus, alat tulis. Setiap sumbangan boleh bagi sijil. Ha dah PIBK dah tu.

7. Persekitaran kelas tidak sesuai? Susun atur semula kelas, Setiap stesen itu sebuah meja pun dah cukup. 6 stesen, 6 meja. Jika susun atur kelas murid berbentuk kumpulan pasti ada ruang.Berapa banyak stesen,terpulang kepada guru.

8. Bincang dengan guru kelas. Guru subjek tersebut sumbang sedikit sebanyak bahan atau alat. Ta da! Boleh buat pertandingan sumber kelas terbaik ni. Boleh masukkan dalam instrumen penilaian kelas tercantik kot!😉

Kepentingan adanya stesen sumber dalam kelas seperti ini
1. Murid jadi independent learners. Mereka mencari maklumat, guru gabungkan sahaja dan bagi feedback. Barulah pemudah cara.
2. Task Based Learning tak pun, Problem Based Learning. Jadi murid menyelesaikan tugasan dan berkongsi hasil dapatan.
3. Boleh diolah menjadi aktiviti 3 Stray 1 Stay. Seorang stay untuk terangkan maklumat yang ada sementara rakan-rakan dari kumpulannya pulak pergi ke stesen lain untuk mendapatkan maklumat lain pula contohnya fakta, formula, video. Strategi pembelajaran koperatif dah tu. Boleh jadi ala-ala wartawan gitu.


Di sini saya kongsikan draf pelan stesen sumber di dalam kelas.


Maaflah draf biasa-biasa sahaja. Guru Pasti jauh lebih kreatif. Insha-Allah pasti boleh. Guru tidak perlu pening memikirkan asyik kena dan buat BBM. Tambah sikit-sikit sahaja. Cuma guru sediakan sedikit bahan rujukan dan murid akses Frog VLE di stesen Chromebook atau Tablet.



 Boleh rujuk :
👉 PdPc PAK21

👉 Peranan Guru dalam PdPc PAK 21 mengikut SKPMg2

Sekian, harap bermanfaat :)
Stesen Sumber Di Dalam Kelas Stesen Sumber Di Dalam Kelas Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on March 29, 2017 Rating: 5

2 comments:

  1. Alatan ICT biasanya ditempatkan di Makmal Komputer utk keselamatan.Tapi di dalam kelas ada sudut bacaan dan taman lestari (mini garden) kalau rajin.hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Menggunakan konsep yg sama, makmal komputer pun boleh diwujudkan stesen. Lagi mudah komputer dah ade, ruang pn luas. Taman lestari kelas abad 21 adalah satu cth pewujudan stesen sumber hasil transformasi pendidikan abad ke 21. Kulai adalah antara perintis :)

      Delete

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.