11 Cara Tambah Idea untuk PdPc Abad ke-21

Tak tahu? Tak Pasti? Takde idea untuk cari bahan perbincangan? Kering idea nak perkasakan PdPC?

Cikgu, di sini saya kongsikan 11 cara untuk menambahkan idea untuk PdPc Abad ke-21.

1. e-guru. e-guru ialah satu portal video yang dibangunkan oleh KPM bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk rujukan guru-guru tentang contoh PdPC berkesan. Boleh tonton contoh PdPC mengikut tajuk, tahun dan juga aspek SKPM (SKPM ialah yang lama, SKPMg2 yang terbaru tetapi masih relevan). 


2. Lesson Study. Satu cara PLC (Professional Learning Community) yang melibatkan semua guru  mengikut subjek masing-masing. Guru-guru berbincang tentang sesuatu masalah khusus dalam PdPc, mencari penyelesaian dengan memperkenalkan kaedah baru, bahan bantu belajar ataupun yang bersesuaian. Kemudian, seorang guru akan menjalankan PdPc yang baru mengikut hasil perbincangan. Guru lain pula ada yang buat bahan bantu belajar, rakaman, jadi pemerhati dan sebagainya. Fokus kepada penambahbaikan PdPc. Beberapa kitaran mungkin diperlukan sehingga langkah penambaikan berjaya mengatasi masalah yang dihadapi. 


3. Peer coaching. Juga satu kaedah PLC. Guru bersama seorang lagi rakan guru bersama-sama berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalal PdPc. Seakan sama seperti Lesson Study tetapi dalam skala yang lebih kecil.


4. Bimbingan SISC+. SISC+ diwujudkan sebagai pakar rujuk dan jurulatih kepada guru dalam aspek pedagogi. Berbincang dan bertnayalah kepada SISC+ cikgu tentang langkah penambaikan PdPc di samping mendapatkan idea-idea baru. SISC+ juga boleh bantu guru melihat PdPc cikgu aspect by aspect dan memberikan sumbangan seperti bengkel atau sharing session dalam PLC jika perlu. 


5. LET/PLC. LET adalah PLC untuk subjek Bahasa Inggeris. PLC adalah medium terbaik untuk guru berbincang hal-hal PAK 21, pembinaan bahan bantu belajar, bahan-bahan sumber, kaedah terbaru tetapi BUKAN hal-hal panitia ya cikgu..Itu meeting panitia. PLC khusus kepada hal-hal PdPc.


6. Video Critique. Salah satu kaedah PLC yang mampu merangsang penglibatan guru dengan baik. Hal ini kerana guru akan menonton satu video PdPC, dari e-guru contohnya dan guru memberikan komentar. Guru juga boleh berkongsi idea samada kaedah dalam video tersebut relevan dan praktikal mengikut situasi PdPc dan sekolah cikgu. Perbincangan ini juga dapat merangsang kreativiti cikgu di samping menambah idea baru untuk PdPc.


7. Group Telegram. Dapatkan pelbagai ilmu baru dan perbincangan rancak tentang PdPc Abad ke 21 di group telegram berikut:
https://t.me/PenyelarasKelasAbadke21



dan banyak lagi...


8. Teacher Toolkit. Di website ini ada banyak aktiviti menarik yang cikgu boleh pelajari. Apa yang best?
✅ Kaedah pembelajaran koperatif
✅ Ada video tutorial
✅ Ada panduan ringkas
✅ Ada printables untuk bahan-bahan edaran kepada guru dan murid.
✅ Boleh tuliskan nota untuk disimpan.
Portal ini sangat baik, penuh informasi dan sesuai bukan sahaj untuk PdPc tetapi juga untuk latihan bengkel. Sesuai juga jadi rujukan pensyarah, SISC+ dan pegawai akademik. 


9. Blog. Cikgu layarilah banyak blog-blog yang best antaranya:






10. Seminar / Konferens. Cikgu boleh menghadiri seminar-seminar PAK21 yang rancak dianjurkan di merata tempat. Bukan sahaja menambah idea tetapi dapat juga membina semangat. Antara yang terkini ialah: 




11. Pinterest. Pinterest ni ala-ala instagram cuma yang bestnya anda boleh search dan dapatkan banyak idea-idea menarik untuk PdPc. Carian cikgu akan dapat gambar ringkasan untuk artikel. Jika cikgu klik, cikgu akan dibawa masuk ke laman web untuk paparan penuh artikel tersebut. Apa yang menarik ialah sesetengah gambar intu sendiri sudah penuh info dalam bentuk infografik, jadi download infografik itu sahaja pun boleh. Cikgu juga boleh pinkan (bookmark). Boleh juga dijadikan medium PLC di mana cikgu-cikgu dalam panitia masing-masing cari bahan dan kongsikan dalam satu Pin Board. 

Selamat mencuba. Jika bermanfaat silalah share, jika cikgu ada idea lain, mohon kongsikan di ruangan komen ya :) 

Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku





Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Congratulation Herry!!! Such a good job!!! Very goog info for teachers....👍👍👍👍😍kipidup!!!

    BalasPadam
  2. Terima kasih untuk idea yang diberi... :)

    BalasPadam