BINA Set Tulisan & Label Cantik

Cikgu-cikgu mesti ramai yang pernah download, print dan tampal label-label/tulisan-tulisan cantik mcm ni kan? Boleh buat hiasan kelas, sudut pembelajaran, library, ataupun untuk PdPc cikgu.


Font nya lawa dan menarik. Seperti di atas ini, template telah dibuat oleh Teacher Anis.





Thanks Teacher Anis. Berikut contoh template itu:


Cikgu-cikgu boleh print terus. OK lah, mudah kerja kita. Print kat kertas warna. Guntingkan dan tampal.




Nice! Soalannya, boleh tak kalau kita nak tulis perkataan lain pulak kat template MS Word tadi. Jawapannya tak boleh! Ada 2 sebab yang mungkin:
1. Formatnya perkataan tu dalam bentuk picture (jpeg).
2. Dibuat sebegitu sebab kalau MS Word, komputer cikgu-cikgu mungkin takde font-font itu, nanti tulisannnya jadi pelik/rupa alien pulak.


Ini penyelesaiannya:
1. Cikgu google search tambah font
2. Cikgu buat text

Ha, apa ni?
Macam ni, cikgu pergi ke 👉 https://cooltext.com


Ha pilihlah mana-mana font/text yang cikgu berkenan.




Contoh perkataan 'kasih sayang'. Right click dan pilih 'copy image'. 


Buka MS Word dan 'paste'.




Tu dia. Siap dah satu perkataan/atau label, siap ada warna lagi. Kalau nak tulisan tu hitam putih, bila print nanti setkan 'grayscale' je.

Semua label-label, tulisan tadi dalam format jpeg. Jadi tiada masalah kalau dah siap, cikgu boleh share kepada rakan-rakan. Tak perlu risau nak download font bagai. Namun begitu, kalau cikgu nak guna dan explore lebih, boleh download terus font-font ini dan simpan dalam Microsoft Word. Boleh download terus dari website ini.
Boleh guna untuk label, bahan bantu belajar, logo blog dan macam-macam lagi. Takdelah asyik Comic Sans kan..hehe

Selamat mencuba! 💪 .

Download template BE (by Teacher Anis):  
👉VERSI BM 
👉VERSI BI


BINA Set Tulisan & Label Cantik BINA Set Tulisan & Label Cantik Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on April 04, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.