PLC Gaya Baru 2017

PLC atau Professional Learning Community kini diperluaskan kepada beberapa subjek utama. Guru-guru bertemu dalam satu platform untuk berbincang kearah penambahbaikan mutu PdPC Abad ke 21. Sudah banyak kita dengar tentang cara untuk berPLC. Antaranya ialah Lesson Study, Video Critique, Teacher Sharing dan sebagainya. Semua tu dah biasa. Mari kita lihat pula trend terkini PLC.

1.  Group Whatsapp dan Telegram
Cikgu-cikgu buat group dan berbincang tentang hal-hal PdPc Abad ke 21. Perbincangan dalam konteks formal. Jadi bahasa kena jaga, bahan dikongsi perlu yang rasmi sahaja. Pihak pentadbiran juga dijemput sama untuk join group. Jimat masa. 






2. Video Conference
Salah satu isu nak buat PLC ialah kekangan jarak. Lebih-lebih lagi nak buat PLC antara sekolah, daerah dan sebagainya. Jadi boleh gunakan video conference app ataupun software seperti Google Hangouts (https://hangouts.google.com/), Facebook Live, Skype (https://www.skype.com/en/) dan bermacam-macam lagi. Janji internet cun!

Google Hangout

Skype

3. Blog dan Forum
Sebarang perkongsian dimuat naik ke blog atau forum. Kemudian guru-guru beri komen. Contohnya perkongsian tentang buku, bahan pembelajaran PdPc, video critique. Jadi kalau cikgu tak sempat atau tak cukup masa ber PLC masa PLC so boleh lah muat naikkan bahan tambahan ke blog atau forum dan cikgu beri komen dekat situ ikut kesesuaian masa cikgu. Cikgu boleh cuba Blogger, Voice Thread (http://voicethread.com/), Today's Meet (https://todaysmeet.com/),  Blendspace (https://www.tes.com/lessons) .


(VoiceThread)
Today's Meet

Blendspace



4.  Google Form
Cikgu juga boleh buat survey, poll ataupun apa sahaja yang boleh mendapatkan pendapat dan pemilihan tentang sesuatu dari kalangan guru-guru .Cikgu boleh wujukan satu set soalan dengan bahan media seperti gambar dan video agar guru-guru boleh lihat dan tonton. Kemudian mereka buat undian, beri pendapat dalam bentuk ayat. Mix mode responses. 



 
5. Google Drive 
Google Drive adalah satu platform untuk cikgu-cikgu upload sesuatu file dan berkongsi dengan guru-guru lain. Antaranya lesson plan, bahan bantu pembelajaran, media, laporan prestasi dan sebagainya. Mudah dan menyenangkan. 


Ha itulah sedikit sebanyak perkongsian. Ada banyak lagi yang cikgu boleh cuba. Manfaatkan internet dan perkongsian maya. 
PLC Gaya Baru 2017 PLC Gaya Baru 2017 Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on April 11, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.