Projek Ribbon Badge (Versi Jimat Ink Printer)




Hias-hias kelas, jadi sia-sia kalau sekali buat, satu kegunaan sahaja. Oleh sebab saya perlu bantu wife buat sikit-sikit bahan dan hiasan, maka saya datang dengan idea buat Ribbon Badge. Ikuti pelbagai kegunaannya, langkah-langkah penyediaan dan template.

Kegunaan:
1. Untuk border papan kenyataan kelas.
2. Ganjaran untuk murid yang berperangai baik atau menjawab soalan dengan betul.

Langkah penyediaan:
1. Print template ni: RIBBON BADGE TEMPLATE. 

 Kertas putih untuk ribbons, kertas berwarna untuk smileys. 


2.  Tampalkan smileys ke atas ribbons. 


3. Warnakan ruang kosong di tepi badge. Saya gunakan warna merah dan biru. Guna pensel warna je. Guna anak-anak punya pensel warna.


4. Laminate dan potongkan bila sudah siap mewarna. Kemudian potong. Tada..siap dah. 


Jimat?
1. Tak perlu guna ink colour.
2. Pakai je kertas warna dan pensel warna untuk ada warna.

Lagi?
1. Boleh buat projek mewarna dan menggunting bersama anak murid. Pastu sedia lebih supaya yang bantu dapat satu badge.
2. Boleh diulang pakai sebab dah laminate.
3. Template dan ada ,so print je. Boleh gunakan warna yang lebih terang dan warna yang lebih cantik ikut kreativiti.






Projek Ribbon Badge (Versi Jimat Ink Printer) Projek Ribbon Badge (Versi Jimat Ink Printer) Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on April 18, 2017 Rating: 5

1 comment:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.