Cara Merangsang Penglibatan Murid Aktif



Penglibatan murid aktif adalah tunjang kepada PdPc yang berjaya. Mereka sentiasa memberi respon  kepada pembelajaran dan seterusnya memudahkan guru untuk membuat penilaian. Terdapat banyak cabaran untuk melibatkan murid secara aktif. Antaranya ialah bosan, kurang minat dan gangguan. Berikut ialah beberapa strategi penglibatan murid aktif yang boleh dilakukan dalam kelas.

1. Set induksi interaktif
Set induksi yang menarik melibatkan kesemua aspek VAK dapat merangsang minat murid dan seterusnya membuatkan mereka berfikir, apa pula selepas ini. Minda mereka sudah sedar dan sedia untuk belajar dengan lebih lanjut. Contohnya menyanyi, permainan, bahan bantu belajar maujud dan bopleh disentuh, lakonan dan seterusnya.

2. Progress Card
Jika kita ada 'entry card' dan 'exit card', kita ada juga 'progress card'. Fungsinya murid diberikan checklist objektif/kriteria kejayaan dan mereka tanda bagi setiap kotak checklist setiap kali selesai setiap aktiviti.

3. Traffic Light Cards
Murid menunjukkan kefahaman mereka bagi setiap elemen pembelajaran. Hal ini disusuli dengan perbincangan dan mini kuiz.

4. Quick Quiz
Mini kuiz untuk setiap 10 minit.Hal ini dapat membantu guru memastikan murid sentiasa alert dengan isi pembelajaran. Boleh gunakan Popsicle Sticks supaya semua murid disoal.

5. Quick Notes
Murid menggambarkan setiap elemen pembelajaran / aktiviti dengan satu perkataan. Carta boleh disediakan dengan kronologi. Letakkan nama bagi setiap aktiviti. Murid juga boleh menggunakan kata adjektif untuk menyatakan pendapat mereka tetang aktiviti yang dibuat.

6. Dictation
Murid diberikan satu perenggan atau nota tidak lengkap dan murid lengkapkan nota itu setelah selesai bagi setiap aktiviti. Jadi murid ada sebab untuk beri tumpuan.

7. Signposting
Guru menyatakan nama aktiviti dari satu aktiviti terdahulu agar murid sedar akan perubahan aktiviti. Hal ini diikuti dengan  kuiz pendek atau traffic light cards.

8. Popsicle Sticks
Murid akan dipanggil dari masa ke semasa berdasarkan batang aiskrim yang dikeluarkan dan ada nama tertera pada batang aiskrim itu. Jadi murid tidak sabar-sabar untuk nama mereka dikeluarkan dan memastikan mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran.

9. Permainan dan Skor / Ganjaran
Murid mana yang tidak suka permainan, lebih-lebih lagi jika ada pertandingan antara kumpulan. Pasti bersungguh murid-murid kita. Lepas tu ada ganjaran pula kepada kumpulan dengan skor tertinggi.

10. Flipped Classroom
Pastikan murid telah membaca atau ada maklumat awal tentang aktiviti yang akan dipelajari. Jadi bila masuk kelas mereka excited nak beritahu apa yang mereka dah tahu. Ada dua cara. Satu melalui bahan rujukan secara online; frog vle, padlet atau apa sahaja laman web. Kedua, semudah meminta murid baca petikan yang akan dipelajari sehari lebih awal.

11. Suasana Tersedia
Jika murid akan melakukan aktiviti, pastikan atas meja mereka itu bersih dan tiada sebarang buku-buku. Jadi mereka dapat fokus dan tidak sibuk memikirkan kerja rumah atau membelek-belek buku subjek lain.

12. Keadaan Tempat Duduk
Murid berada dalam kedudukan yang tersedia. Jika semua murid perlu pandang depan, semua alihkan kerusi untuk pandang depan. Nampak remeh tetapi akan mengangu tumpuan murid jika mereka tidak duduk dalam keadaan selesa dan bersedia.

13. Attention Grabbers / Hand Signals
Gunakan beberapa laungan yang menarik yang perlu disahut murid dengan jawapan berirama. Cara ini dapat menarik perhatian murid untuk fokus. 'Hand Signals' juga dapat mengembalikan perhatian murid kepada guru.

14. ChoicePyramid
Murid menyatakan ilmu atau perkataan baru yang pelajari dan menyusun mengikut keperluan dan kemahuan (minat).

15. Carta KWL
Murid membanding beza apa yang mereka sudah tahu, ingin tahu dan telah mereka pelajari. Murid isikan carta KWL (What I KNOW, What I WANT to know dan What I LEARNED).

16. Pembelajaran Koperatif
Semua aktiviti pembelajaran koperatif mengandungi elemen komunikasi. Oleh itu murid akan bertindak aktif dengan bercakap dan menyumbangkan idea. Contoh aktitviti seperti Think Pair Share, Ballooon Buster, 3 Stray 1  Stay dan sebagainya.

17. Task Card
Kuiz bertulis yang pendek dan ringkas.

Pendek kata, guru perlu ada strategi:
1. Gunakan tools atau borang agar murid beri tumpuan kepada isi pembelajaran.
2. Gunakan teknologi dan kepelbagaian teknik pemudahcaraan pembelajaran.
3. Permainan dan persaingan kumpulan.
4. Soal jawab dan maklumbalas yang progresif. 


Nak lebih idea dan perkongsian PdPc Abad ke 21? Join Telegram group mudahmengajar:    



Catat Ulasan

0 Ulasan