Komunikasi Berkesan Dalam PdPc


Komunikasi berkesan adalah satu keperluan asas dalam PdPc. Komunikasi yang baik menghasilkan satu hubungan persefahaman antara guru dengan murid. Guru dapat menyampaikan pengajaran dan pemudahcaraan sementara murid memahami proses pembelajaran. 

Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi berkesan dalam PdPc?
Komunikasi berkesan dalam PdPc bermaksud arahan dan pemberian maklumat diberikan dengan maksud difahami oleh murid. Setelah proses ini berlaku, murid dapat menjalankan aktiviti dengan lancar dan perbincangan dapat dibuat.

Apakah ciri-ciri komunikasi berkesan dalam PdPc?
1. Bahasa mudah difahami.
2. Ada semakan kefahaman murid dengan guru meminta murid menjelaskan semula maksud dalam kata lain (rephrase).
3. Soal jawab antara guru dengan murid berjalan dengan lancar.
4. Demonstrasi aktiviti daripada guru dan murid. 

Adakah komunikasi bermaksud semua bentuk lisan?
Tidak. Apabila guru menyampaikan sesuatu bahan juga, bahan itu mempunyai tajuk, isi dan persembahan yang mudah difahami. Contohnya, gambar itu jelas dan selari dengan maksud yang ingin disampaikan oleh guru. Di samping itu, 'non verbal' guru juga jelas. Hal ini dizahirkan dalam bentuk pergerakan tangan dan mimik muka.

Apakah aspek teknikal dalam menentukan komunikasi berkesan?
1. Suara yang jelas didengari.
2. Perkataan yang digunakan adalah betul beserta struktur ayat yang tepat.
3. Maksud soalan atau pernyataan itu tidak mengelirukan.
4. Intonasi yang pelbagai dalam menarik minat murid untuk mendengar.
5. Diiringi dengan mimik muka, gerak tangan dan perbuatan guru.
6. Suasana yang tenang apabila guru/murid berkata-kata.

Bagaimanakah untuk guru mengetahui sama ada komunikasi itu berkesan atau tidak?
Mudah. Jika murid tidak faham arahan, maka komunikasi itu tidak berkesan.

Antara kekangan dan cabaran komunikasi berkesan:
1. Latar belakang perbendaharaan kata guru dan murid yang berbeza.
2. Bahasa ibunda yang berbeza.
3. Kemampuan pembelajaran murid yang berbeza.
4. Suasana atau persekitaran bilik darjah.
5. Penyampaian bahasa yang berbagai bentuk.
6. Kemahiran dan bakat berbahasa.
Apakah yang perlu dilakukan jika hal ini terjadi?
1. Ubahsuai arahan atau pernyataan (rephrase).
2. Gunakan strategi lain atau pendekatan lain. Lain murid, lain caranya menerima pembelajaran. Rujuk teknik VAK (Visual Auditory Kinaesthetic)
3. Permudahkan lagi bahasa atau aras. (Masukan elemen pembelajaran pembezaan).
4. Beri galakan dan dorongan.
5. Bacakan dan semak satu persatu ayat atau perkataan bagi murid lemah.
6. Persembahan soalan atau pernyataan dalam bentuk yang lebih ceria atau 'engaging' seperti sketsa, grafik, animasi, video, rakaman suara dan sebagainya.
7. Minta bantuan murid sebaya kepada murid yang tidak faham tadi kerana mungkin ada kekangan penguasaan bahasa ibunda daripada guru itu sendiri.
8. Pastikan murid semua terkawal dan kata-kata guru boleh didengari dengan jelas.
9. Strategi: Guru ada backup plan soalan tambahan yang serupan dan sama maksud jika soalan asal tidak difahami.
10. Siapkan panduan susun atur soalan / pernyataan daripada paling mudah kepada sukar kerana fahaman murid juga perlu dibentuk mengikut pemeringkatan dalam pembelajaran.

Nak lebih idea dan perkongsian PdPc Abad ke 21? Join Telegram group mudahmengajar:    








Catat Ulasan

0 Ulasan