Apps Untuk PdPc (Edisi Jun 2017)



Setiap awal bulan, mudah mengajar akan berkongsi dengan anda beberapa aplikasi telefon pintar yang boleh dimanfaatkan untuk memperkasa PdPc. Kali ini, kami kongsikan kepada anda 7 apps yang cukup menarik:


1. ADOBE SCAN

Aplikasi yang dibangunkan oleh Adobe ini adalah alternatif kepada CamScanner. Ia digunakan untuk mengimbas sebarang dokumen kertas dan menghasilkan imej pegun ataupun PDF. Semua perkataan dalam fail pdf tersebut adalah 'searchable' dan boleh disalin semula. Di samping itu pengguna tidak perlu risau untuk memindahkan fail ke gajet lain kerana ia disimpan secara 'cloud' dan boleh diakses di mana-mana gajet dengan aplikasi dan akaun yang sama.  Untuk PdPc, aplikasi ini boleh dijadikan sebahagian daripada aktiviti 'treasure hunt' dan penerokaan maklumat. Malah guru juga boleh imbas keratan akhbar dan bincangkan artikel bersama murid. Muat Turun di sini .

2. DUOLINGO


Mahu belajar bahasa asing? Duolingo ialah jawapannya. Dengan konsep 'gamefication', anda diberikan reward setiap kali anda berjaya mengenal perkataan. Terdapat pelbagai bentuk bahan rangsangan seperti gambar dan audio. Anda boleh memajukan diri dengan cuba melepasi tahap-tahap tertentu. Malah anda juga boleh berhubung dengan rakan-rakan lain diseluruh dunia. Sesuai untuk kelas bahasa asing mahupun Bahasa Inggeris khususnya. Muat turun di sini .

3. CIKGUF-EDUTECH


Aplikasi panduan penggunaan FROG VLE dan digital classroom. Ada video panduan tutorial cara-cara menggunakan pelbagai aplikasi G-Suite. Rujuk: http://www.mudahmengajar.com/2017/05/aplikasi-cikguf-edutech-untuk-pdpc.html
Muat turun di sini.

4. ZOOM Cloud Meetings

Aplikasi ini berfungsi umpama Skype + Google Hangouts. kebanyakan fungsi hampir sama. Kelebihan yang ketara ialah peserta tidak perlu ada akaun gmail ataupun menyimpan 'contact'. Seorang hos hanya per kongsikan no pin dan peserta masukkan no pin tersebut. Peserta konferens atau 'meeting' ini boleh berkongsi skrin telefon pintar dan membuat anotasi secara 'realtime'. Sesuai untuk PLC ataupun perbincangan di luar bilik darjah antara guru dengan murid. Muat turun di sini .
Terima kasih Cikgu Aman yang perkenalkan aplikasi ini!

5.  GOFORMATIVE




 

Perlukan lebih variasi penilaian PdPc? Anda boleh cuba goFormative. Kaedah ini sesuai untuk mendapatkan jawapan murid dan memberi maklum balas secara 'realtime'. Semua respon murid boleh dilihat secara 'grid view'. Apa yang menarik ialah guru boleh memberikan tugasan atau kerja rumah kepada murid dan guru terus memeriksa secara online. Layari aplikasi ini di https://goformative.com/

6. DIDIK MANJA



Aplikasi ini mesra kanak-kanak untuk belajar membaca. Dengan grafik menarik dan butang mesra pengguna, navigasi aplikasi ini cukup mudah. Boleh digunakan untuk aktiviti bersama murid di dalam kelas atau sebagai sokongan kepada murid lemah / LINUS mungkin? Muat turun di sini .  

7. PHOTOMATH


Untuk Matematik, pastikan anda cuba aplikasi PhotoMath, kini trending dan semakin popular, ia digunakan untuk mengimbas soalan persamaan matematik dan cuba menyelesaikan persamaan tersebut.  Menarik digunakan untuk aktiviti eksplorasi bahan. Murid boleh belajar langkah-langkah penyelesaian yang akan dipaparkan sebaik sahaja sesuatu persamaan diimbas. Muat turun aplikasi ini di sini . 


JTahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. terima kasih.. moga dpt kita manfaatkan nanti. insyaallah.
    jom install new apps ni dlm tab percuma! nanti boleh dicuba!

    BalasPadam
  2. Photomath terbaik utk guru matematik
    Siap ada jalan penyelesaian..

    BalasPadam