Masalah Malas Belajar dan Cara Mengatasi


1. Sibuk bermain
Ambil mainan itu dan janji untuk dipulangkan setelah PdPc selesai.

2. Mengantuk
Murid tak cukup rehat. Minta murid basuh muka atau minum air. Kerap buat hands signal dan cheers supaya murid sentiasa alert. Percepatkan fasa pembelajaran.

3. Buat kerja lain
Minta murid kongsikan apa kerja lain yang sibuk dibuat itu. Boleh juga guru berjanji untuk bantu/pandu mereka buat jika tumpuan diberikan kepada PdPc sekarang. Murid jadi kalut siapkan kerja rumah subjek lain sebab takut kena marah. Jika guru pun marah mereka masa itu, murid bertambah 'stressed' dan hilang motivasi kerana berada dalam keadaan panik.

4. Tak dengar apa cikgu cakap
Bila murid tak dengar maka mereka tak faham. Bila tak faham maka tak tahu nak buat apa. Jadi pastikan guru menyemak kefahaman murid dengan mereka mengulang atau menunjukkan contoh cara sesuatu tugasan dibuat. Bagi guru yang memang sukar untuk melontar suara, gunakan mic atau bergerak dari satu kawasan ke sau kawasan dalam kelas agar semua murid boleh dengar.

5. Tak faham apa cikgu cakap
Samada kerana ayat yang dinyatakan berbelit, laras bahasa yang tinggi ataupun kerana kekangan bahasa. Oleh itu, ulang-ulang pernyataan, guna bahasa yang mudah, minta murid terangkan semula maksud arahan guru. Selain itu bagi subjek bahasa kedua / asing, gunakan gambar, 'gestures' dan mungkin sedikit terjemahan jika perlu. 

6. Rasa tak BEST
Murid rasa tak best sebab tak nampak keperluan nak belajar topik tersebut. Terangkan kepada murid bagaimana apa yang dipelajari sekarang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Kaitkan dengan contoh-contoh situasi sebenar.

7. Sebu dan sendu
Masa terakhir memang semua orang rasa mengantuk dan lemah je. Biasalah tengah hari kan. Banyakkan aktiviti permainan, pergerakan daripada individu, pair work, kumpulan, mini quiz dan murid sentiasa respon kepada TPR, ataupun pergerakan fizikal. Harus diingat juga 10 minit terakhir dah masuk fasa rumusan atau penutup. Kalau tidak memang PdPc syok sendiri :(

8. Soalan susah
Ketika murid menjawab soalan, mereka boleh hilang motivasi jika soalan agak susah. Permudahkan soalan atau beri pencerahan. Berikan bimbingan yang sewajarnya. Kadang-kadang murid masih berada pada 'recognition and knowledge' level jadi mereka masih perlukan teks atau rujukan untuk mendapatkan jawapan. Agak tak logik hari ini masuk kelas dan terus boleh hafal semua nota. 

9. Bosan
Bosan berpunca daripada banyak sebab. Situasi yang selalu berlaku ialah murid perlu mendengar ucapan guru terlalu lama. Mulakan dengan aktiviti dan sambil itu guru bercakap. Atau jika perlu bercakap dan murid semua mendengar, lakukan pergerakan hatta dengan menulis di papan putih. Lebih baik jika tunjukkan gambar, kemudian video, kemudian guru ajak murid bergerak dan pelbagai lagi strategi. Hal ini dapat memanjangkan attention span murid.

10. Asyik kena dengar cakap cikgu
Di penghujung hari, murid yang belajar. Jadi buatkan aktiviti yang banyak meminta mereka menyumbangkan contoh, idea, menceritakan pengalaman mereka serta membuat pembentangan.

11. Tak rugi pun tak belajar
Kadang-kadang murid tidak nampak apa yang mereka rugi jika tidak belajar pada hari ini. Oleh itu, gunakan reverse psychology dengan motivasikan mereka apa mereka dapat jika mereka belajar pada hari ini.

12. I'm a loser
Bila murid dah down, mereka rasa mereka tiada harapan.
Cikgu boleh buat gamifikasi dengan mereka boleh nampak mereka ada progress dalam pembelajaran dan kumpulan mereka menang. Ciri-ciri gamifikasi ialah; learning goals, competitiveness, upgrades dan rewards.

13. Saya memang tak pandai
Tujuan PdPc dijalankan ialah untuk merangsang potensi pembelajaran murid. Oleh itu semua murid perlu diberikan galakan, ganjaran dan pujian atas perkembangan mereka. Biar murid rasa mereka hebat dan maju jaya.

14. Tiada siapa nak belajar dengan saya
Murid boleh rasa terpinggir kerana menganggap diri mereka tidak setanding dengan rakan lain. Oleh itu, gunakan pelbagai strategi seperti role cards, group competition dan gamification, pasti murid berusaha untuk bantu antara satu sama lain.

15. Susah nak belajar sebab saya asyik duduk kat hujung sahaja
Ubah kedudukan murid sekali sekala atau rotate. Beri keadilan kepada semua murid agar mereka rasa suasana pembelajaran itu sentiasa dinamik.

16. Aktiviti yang sama sahaja
Hari ni buat kahoot, esok Kahoot lagi, tulat Kahoot lagi! Ubah aktiviti pembelajaran dan juga ubah lokasi jika perlu. Murid akan dapat kepelbagaian dan susah untuk mereka untuk menjangka hari ini belajar dengan cara yang bagaimana.

17. Tak boleh bayangkan
Itulah sebab perlunya Bahan Bantu Mengajar / Belajar. Tidak semua yang kita cakap murid boleh bayangkan bagaimana bentuk atau situasi sesuatu itu. 

18. Tiada peranan, biarlah orang lain buat
Dalam kumpulan, pastikan ahlinya tidak terlalu ramai. Maksimum ialah 5. Selain itu beri peranan seadilnya kepada murid agar tiada yang dominan. Gunakan talking chips atau role cards.

Itulah sedikit sebanyak situasi yang kerap berlaku dalam kelas. Jika anda berdepan dengan situasi selain daripada di atas, sila kongsikan kepada kami.

Catat Ulasan

0 Ulasan