Aktiviti Koperatif dalam PdPc



Aktiviti pembelajaran koperatif sangat membantu murid dalam menjana kemahiran 4C mereka. Murid berkomunikasi, berfikiran kritis, kreatif serta kolaboratif (boleh bekerjasama dalam sumbangsaran idea). Mudah Mengajar memilih 20 aktiviti koperatif yang menarik untuk dibuat dalam kelas.

1. Fan N Pick
Satu kumpulan ada 4 orang (Murid ABCD). Murid A pegang kad dan tujukan kepada B. B pilih kad dan bacakan kad dipilih kepada C. C menjawab dan D akan menyemak atau menambah jawapan yang diberikan. Satu peta Fan N Pick disediakan sebagai panduan murid.

2. Rally Robin
Murid secara berpasangan bergilir-gilir menyatakan idea atau respon kepada soalan masing-masing. 

3. Cubing / + Think Dots
Ada 6 soalan pelbagai aras atau jenis 1-6. Murid baling dadu dan akan menjawab soalan berdasarkan nombor pada dadu.
Seorang murid baling dadu dan seorang lagi akan menjawab soalan. Dan seterusnya sehingga semua murid menjawab.

4. Talking Chips
Setiap murid diberikan satu chip / penutup botol/ batang aiskrim atau apa sahaja tool. Setelah respon, murid letak chip mereka di tengah dan tidak boleh bercakap lagi. Rakan-rakan lain akan membantu rakan yang masih memegang chip. Kebiasannya soalan yang boleh meMberikan pelbagai jawapan.

5.  Jigsaw
Murid mencari pelengkap kepada jawapan mereka.

6. Pound Dice
Murid baling dadu. Apa sahaja nombor yang mereka dapat mereka akan respon mengikut nombor itu. Contoh: 1 untuk buat persamaan yang menghasilkan nombor 1 dan seterusnya.

7. Trade A Problem
Murid menyatakan membina soalan dan rakan lain mengambil soalan tersebut dan cuba menjawabnya.

8. Think Pair Share
Murid respon kepada soalan. Kemudian mereka berkongsi kepada pasangan. Dan hasil daripada perkongsian berpasangan mereka share kepada kumpulan atau pasangan lain.

9. Two Truths And A Lie
Dalam kumpulan, murid berbincang untuk mencari 2 pernyataan yang betul dan satu pernyataan yang salah. Kemudian mereka membentang dan kumpulan lain jawab / pilih pernyataan yang salah.

10. Pictionary
Murid dalam kumpulan cuba melukiskan gambar berdasarkan situasi atau objek yang dibacakan / disebut. Kemudian mereka bentangkan.

11. Progress Map
Dalam kumpulan berempat, seorang murid menulis satu konsep dan murid lain mencambahkan peta tersebut.


12. Write & Race
Murid perlu mencari jawapan kepada 4 soalan yang dipaparkan. Murid tuliskan pada 4 kertas / stickey note berlainan warna. Masa ditetapkan. 


13. Lyrics
Murid dlaam kumpulan menuliskan lirik lagu dengan fakta berkaitan topik. Lagu dinyanyikan mengikut rentak lagu pilhan mereka.

14. Paraphrase Passport
Murid memberikan idea. Sebelum mereka memberikan idea, mereka perlu mengulang idea kawan mereka.

15. Newsreading
Dalam masa yang singkat, murid menyatakan jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan dan mereka akan bentang dalam bentuk bacaan berita dengan 2 orang pembaca berpasangan.

16. Thinking Sticks
Murid memberikan idea kepada sesuatu soalan. Setelah selesai murid akan menerangkan idea-idea mereka dalam bentuk sticks tadi. Ada yang suka buat sticks sebagai list, ada yang buat garisan masa dan sebagainya.

17. Choice Pyramid
Dalam kumpulan, murid-murid akan memberikan 5 respon kepada soalan yang diberi, kemudian mereka shortlist jawapan kepada 3 yang terbaik dan akhirnya cuma satu yang mereka paling yakin. Nak template? Join: t.me/mudahmengajar

18. Chain Writing
Murid diberikan tugasan dan murid pertama mula menulis ayat pertama. Kemudian murid seterusnya menyambung dan seterusnya sehingga cukup giliran. 

19. Dialogue
Soalan-soalan dijawab dalam bentuk dialog seharian antara ahli kumpulan.


20. Three (3)
Murid memberi 3 jawapan untuk setiap soalan yang diberikan. 



Nak tahu cara terperinci semua aktiviti ini dibuat, mai join:
t.me/mudahmengajar
Group KBAT/HOTS: t.me/mudahmengajar
Facebook Page: fb.me/mudahmengajar





Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ada tak contoh contoh aktiviti setiap 20 aktiviti yang diberikan.

    BalasPadam