CARA MENYERONOKAN UNTUK ULANGKAJI PEPERIKSAAN


CARA MENYERONOKAN UNTUK ULANGKAJI PEPERIKSAAN
Sempena musim peperiksaan dan percubaan, cikgu-cikgu bolehlah gunakan pelbagai cara untuk membuat ulangkaji soalan peperiksaan. Di sini saya kongsikan contoh aktiviti dan tools:

1. Kagan's Cooperative Learning Strategies
Fungsi pembelajaran koperatif adalah untuk menambah kefahaman, menambah idea serta memberi petunjuk sejauh mana murid tahu dan yang belum mereka belum tahu. Oleh itu murid-murid boleh ulangkaji dengan cara ini. Beri satu tajuk dan recall. Gunakan Think Pair Share Mat, Gallery Walk, 3 Stray 1 Stay. Sesuai untuk semua subjek dan tools senang disediakan.

 

2. Google Form
Sediakan (Taip) atau 'copy paste' soalan ke Google Form. Jangan lupa set kepada mode Quiz. Jadi murid boleh lihat score mereka dan juga mendapat feedback. Malah cikgu juga dapat trace murid-murid yang menjawab. Analisis juga dapat disediakan. Mudah dan berfokus. Untuk feedback, cikgu juga masukkan gambar dan nota tambahan. Fitur ini tiada pada-mana bentuk kuiz online.

 

3. Quizizz
Quizizz mempunyai reka bentuk grafik yang menarik dan berkonsepkan 'stock photos'. Soalan mudah disediakan. Bank soalan pun banyak. Malah ada carta untuk murid melihat pencapaian mereka. Boleh dijalankan sebagai kerja rumah dan cikgu letak dateline.

 

4. Flashcards (hard & soft copy)
Reka flashcards lengkap dengan soalan dan jawapan. Dengan itu murid dapat mengingat fakta-fakta penting. Mereka boleh ulangkaji dalam kelas atau di rumah. Dengan aplikasi seperti Quizzlet, cikgu boleh cetak flashcards dalam bentuk 'hard copy.

https://lh3.googleusercontent.com/kXapoQc1BpIhw1dO1Dok8tMZoUW8iW7EVQfv_we2aEEKlPbyqYRg03GuSKpLmACnmK8=h1264


5. Permainan Kad Pantas (Snatch)
Cikgu boleh gunakan flashcards atau kad jawapan, murid akan rebut jawapan setelah mendengar soalan yang diajukan guru. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 1 set kad-kad jawapan atau fakta. Terdapat 2 mode permainan; seluruh kelas atau dalam kumpulan masing-masing.

6. Fan N Pick.
Murid bergilir-gilir untuk bermian Fan N Pick. Dengan itu murid akan dapat menguasai sesuatu topik dengan lebih baik. Rujuk:

7. Rags to Riches / Who Wants To Be A Millionaire
Murid bermain permainan Flash. Murid harus menjawab beberapa soalan. Jika jawapan mereka betul, murid mendapat sejumlah wang dan boleh terus mengambil risiko untuk peringkat seterusnya. Oleh itu, cikgu-cikgu pastikan soalan dibina dari tahap mudah kepada tahap yang lebih sukar. Rujuk contoh ini:




https://www.superteachertools.us/millionaire/millionaire.php?gamefile=25327

8. Lirik Lagu
Murid memilih lagu baru dan terkini. Contohnya 'Shape of You' dan menukarkan lirik lagu kepada ayat - ayat fakta topik yang terpilih. Jadi murid berfikiran lebih kritis dan kreatif dalam membuat pilihan.

9. Odd One Out
Cikgu boleh buat beberapa set kad. Setiap kad ada 3 fakta tentang sesuatu. Kemudian murid akan menjawab yang mana satu fakta yang salah. Bila murid sudah menguasai, cikgu boleh minta murid pulan membuat kad-kad tersebut, mereka mereka fakta dan auta mereka sendiri. Setelah kad-kad siap, mereka bermain dengan kumpulan lain.

10. Peta iThink
Satu peta iThink dipilih. Setiap kumpulan buat satu peta dengan melengkapkan peta cambahan dengan topik ditengahnya dikosongkan. Kemudian semasa pembentangan, kumpulan lain meneka apakah topik tersebut.

11. Aplikasi fake texting
Sesetengah laman web menyediakan aplikasi fake texting. Anda ajukan sesuatu soalan tentang topik dan web itu secara automatik menjawab soalan anda. Atau create perbualan.

12. Bahan Berita
Cikgu-cikgu boleh meminta murid menyampaikan topik dan isi pembelajaran dalam bentuk bacaan berita. Pasti menyeronokan!

13. Taboo
Murid akan menulis fakta atau ayat. Cikgu letakkan syarat bahawa murid tidak boleh menggunakan perkataan tertentu. Contohnya, 'tetapi' dan 'dan'. Ataupun 'mengikut'. Jadi murid lebih berhati-hati dan teliti dalam menulis fakta mereka. Jika murid tertulis 'taboo words' sediakan denda / penalti.

Tips: Untuk semua kaedah digital, pastikan item analisis disimpan dan kemudian murid dikumpulkan mengikut kemahiran atau konstruk yang tidak dikuasai. Seterusnya, cikgu boleh berikan aktiviti yang isinya menjurus kepada keperluan kumpulan yang berbeza.


Like Facebook mudahmengajar: fb.me/mudahmengajar

Catat Ulasan

0 Ulasan