Sumber Pengetahuan Kandungan dan Ilmu Pedagogi


Hari ini Mudah Mengajar ingin berkongsi dengan cikgu-cikgu beberapa sumber untuk meningkatkan pengetahuan kandungan terutamanya untuk subjek yang anda ajar. Di samping itu, terdapat juga pelbagai sumber ilmu untuk meningkatkan pengetahuan penggunaan sumber, alatan dan teknologi di dalam kelas. Kebanyakannya adalah adalah dalam Bahasa Inggeris. Bagaimanapun terdapat sumber-sumber lain.

1. TED
Ted ialah satu portal video yang menyediakan pelbagai ceramah dan bual bicara berkaitan pendidikan. Terdapat perbincangan isu, cabaran, aspirasi yang disediakan dalam portal tersebut. Layari: https://www.ted.com
 
2. How To Geek
Nak tahu perkembangan tips&tricks teknologi terkini, layari How To Geek. Semestinya ada panduan dan 'tweaks' yang dapat anda pelajari setiap hari. https://www.howtogeek.com

3. Edutopia
Edutopia ialah satu portal pendidikan pilihan Mudah Mengajar. Terdapat pelbagai tips dan panduan diberikan merangkumi pengurusan bilik darjah, 'differentiated learning', kurikulum, pengunnaan teknologi dalam PdPc serta banyak lagi. Navigasi juga mudah, senang untuk cikgu-cikgu melihat senarai topik yang ada. Portal ini adalah khas untuk sekolah rendah. https://www.edutopia.org/
 
4. Coursera
Mahu kursus-kursus menarik tetapi tiada masa untuk menghadiri semua itu? Pergi sahaja ke Coursera. Anda boleh pilih kursus yang anda suka dan belajar secara online. Kebanyakan kursus ada tempoh masa dan juga ujian yang disediakan. Setelah selesai, cikgu-cikgu boleh dapat sijil. Bagaimanapun, kursus yang percuma tidak banyak dan terhad. Anda boleh cuba dahulu sebelum pergi kepada kursus-kursus yang lebih popular. Namun, harganya jauh lebih murah berbanding kursus di kampus. https://www.coursera.org/
 
5. EPSA
Semua penjawat awam boleh memohon mengikuti kursus secara talian di EPSA. Hanya perlu masukkan no ic dan password, kemudian pilih kursus yang diminati. 

6. Telegram Mudah Mengajar
Dalam Telegram Mudah Mengajar, terdapat pelbagai perkongsian ilmu khasnya dari  segi pedagogi. Cikgu-cikgu boleh bertanyakan sebarang soalan dan inshaAllah ramai yang akan bantu. Malah ramai juga guru-guru yang berkongsi amalan terbaik mereka. Join di t.me/mudahmengajar

7. Nota Digital Classroom
Dalam Nota Digital Classroom, anda disajikan dengan dengan nota-nota penting tentang alatan teknologi serta penggunaannya di dalam kelas. Sangat membantu dan berinformasi. Join Chanbel Telegram ini di https://t.me/notadigitalclassroom

8. Cikguhailmi.com
Siapa tidak kenal dengan Cikgu Hailmi, ikon PA21 kita. Beliau banyak berkongsikan amalan terbaik PdPc di blog beliau yang pengunjungnya telah mencecah 22 juta orang. 
 
9. TES
Seperti juga Edutopia, TES adalah portal sumber PdPc anda. Terdapat ruangan gallery dan media untuk anda tonton dan muat turun. https://www.tes.com/teaching-resources

10. eGuru
Mahu lebih ilmu tentang pencerapan dan PdPc, layari eguru. Banyak video yang disediakan sebagai panduan. Bagaimanapun, kebanyakannya masih mengikut konstruk SKPM2010 yang lama. Oleh itu, untuk panduan mengikut SKPMg2, layari
http://www.mudahmengajar.com/2017/06/video-pdpc-mengikut-aspek-dalam-skpmg2.html
11. Go Noodle
Tak BEST kan bila kelas pasif dan tdiak aktif. Mari dapatkan idea bernas untuk menjadikan kelas anda happening dan 
aktif dengan Go Noodle. Idea-idea dan video-video sangat 
bermanfaat dan menyeronokkan.   

12.  YouTube Edu
Tidak perlu pergi lebih jauh, gunakan YouTube sahaja. Dengan cabang YouTube Edu, anda dapat melanggan vide-video khas dan berfokus kepada pendidikan sahaja.
 
13. Teacher Training Videos 
Sebagai sumber tambahan, Teacher Training Videos banyak berkongsi video-video untuk pembangunan guru dan CPD. Portal ini sangat sesuai untuk SISC+ Pegawai Akademik, barisan pentadbiran dan guru-guru sendiri. 

14. Khan Academy
Khan Academy menyediakan pelbagai kursus percuma yang bukan sahaja sesuai untuk guru tetapi juga murid. 

15.  Teach Thought
Teach Thought juga adalah satu pilihan sumber pengetahuan kandungan dan pendidikan cikgu-cikgu. Ia mudah dilayari dan artikel yang ditulis lebih ringkas dan mudah difahami.
 
Worth mention, Scholastic.
Untuk perkongsian ilmu PdPc dan ilmu pedagogi
, join: t.me/mudahmengajar
Like FB: fb.me/mudahmengajar





Sumber Pengetahuan Kandungan dan Ilmu Pedagogi Sumber Pengetahuan Kandungan dan Ilmu Pedagogi Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on July 24, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.