Pada
post kali ini, Mudah Mengajar ingin berkongsi beberapa cadangan
pengurusan bilik darjah yang baik semasa PdPc berlangsung. Pengurusan
ini terbahagi kepada beberapa aspek; kedudukan murid, sumber
pembelajaran, masa, tingkah laku serta transisi.
KEDUDUKAN MURID
Selaras dengan Pembelajaran Abad ke 21, murid - murid seharusnya duduk secara berkumpulan. Apakah yang dikatakan sebagai kedudukan berkumpulan yang baik.
1. Setiap kumpulan ada 4 orang murid. Kebanyakan
aktiviti pembelajaran koperatif melibatkan 2 - 4 orang
murid.
2. Setiap kumpulan ada identiti masing-masing. Berikan
nama kumpulan.
3. Ada peranan
diberikan dan dilakukan secara bergilir - gilir. Contohnya, pengurus
bahan, pembentang, penulis dan sebagainya. Hal ini bagi melancarkan perjalanan aktiviti kerana semua murid memainkan peranan masing-masing.
SUMBER PEMBELAJARAN
Apabila aktiviti sedang berlangsung dan murid perlu menyiapkan tugasan, adalah sangat membantu bila di dalam kelas ada bahan-bahan tambahan untuk dirujuk oleh murid. Dengan itu, mereka dapat menyelesaikan tugasan dengan baik. Wujudkan beberapa sumber antaranya:
1. Nota-nota padat
1. Nota-nota padat
2. Kamus biasa dan kamu bergambar.
3. Carta
4. Contoh karangan
5. Buku-buku rujukan.
Bagi penjimatan ruang, lebih interaktif dan mudah untuk mengemaskini bahan-bahan, gunakan teknologi terkini seperti QR Code dan Aurasma. Untuk menghubungkan bahan-bahan rujukan digital melalui QR Code, gunakan QR Code Generator atau Aurasma.
(perlukan bantuan, join Telegram Mudah Mengajar)
MASA
Untuk setiap aktiviti, perlu ada pengurusan masa yang baik. Antara amalan baik untuk membiasakan murid menyiapkan tugasan dalam masa ditetapkan ialah dengan memaparkan jam. Selain itu, gunakan teknologi paparan Google Timer yang mudah untuk digunakan. Tetapkan tempoh masa tugasan. Manfaatkan juga masa murid yang siap lebih awal dengan memberikan peranan pembantu guru, membuat lembaran latihan tambahan dan sebagainya.
TINGKAH LAKU
Untuk pengurusan tingkah laku, sediakan carta ataupun papan markah kumpulan. Jadi murid akan bekerjasama dan diraikan atas sikap-sikap positif mereka. Guru boleh mengenakan penalti jika murid bertindak sebaliknya. Begitu juga dengan penglibatan murid. Markah sangat penting terutamanya apabila unsur-unsur gamifikasi diterapkan dalam setiap aktiviti. Mahukan lebih penjelasan tentang gamifikasi? Join Telegram Mudah Mengajar.
TRANSISI
Transisi ialah masa peralihan antara satu aktiviti kepada satu aktiviti yang lain. Berikan arahan yang jelas agar murid faham dan bertindak seperti yang sepatutnya. Tetapkan tempoh masa untuk murid beralih dari aktiviti individu kepada kumpulan. Tetapkan peraturan yang jelas seperti tidak berbuat bising, tidak menganggu orang lain dan sebagainya semasa transisi berlaku. Kaitkan dengan topik 'tingah laku' di atas.
Dengan adanya panduan ringkas ini, diharapkan PdPc cikgu lebih terurus dna berjalan dengan baik inshaAllah.

0 Ulasan